• IMG_20201216_182205
  • IMG_20201216_182205
1

?Karya Agung: Nilai Islam Dalam Serat Centhini?

Regular price
RM 180.00
Sale price
RM 180.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Karya Agung: Nilai Islam Dalam Serat Centhini

Author: Noriah Mohamed, Ph.D, Ghazali Basri, Ph.D. dan Singgih Wibisono
Publisher: Yayasan Karyawan
ISBN: 9839510164
Weight: kg 
Page: m/s 
Year: 2013
Price: RM180

Serat Centhini merupakan sebuah khazanah terulung abad ke-19 yang pernah dihasilkan kebudayaan Jawa, justeru ia dianggap sebagai ensiklopedia kebudayaan Jawa. Karya ini mencakup ilmu yang amat luas seperti ilmu agama Islam, ilmu kebatinan (ngelmu), ceritera, dongeng, sejarah, primbon, kepercayaan, tata-cara istiadat, perguruan kerohanian dan pertapaan, ilmu mengenai keadaan alam: hutan belantara, sungai, telaga, sumber laut, mengenai kehidupan berkeluarga di pendesaan, ilmu bersanggama, gending, tari, tembang, masakan jawa, lelucon  dan lain-lain lagi.

Serat Centhini merupakan sebuah karya yang menggambarkan bagaimana Islam difahami, dipersepsi dan dihayati oleh orang Jawa terutama di kalangan masyarakat elitnya. Islam yang mereka kenali ialah Islam sufi-mistik. Karya ini lahir dari kraton kerana penulisannya adalah atas kemahuan Sultan A.A.Mangkunegara III sendiri yang kemudian bergelar Sunan Paku Buwana V dengan dibantu oleh tiga orang penulis istana bernama Kyai Ngabehi Ranggasutrasna, Kayi Ngabehi Yasadipura II  dan Kyai Ngabehi Sastradipura alias Hj. Ahmad Ilhar. Penulisan sebanyak 12 jilid semuanya dapat diselesaikan pada tahun 1814. Kesemua 12 jilid ditulis dalam bentuk tembang (puisi) dalam bahasa Jawa.

Terdapat tiga buah kerajaan dalam Serat Centhini yang memainkan peranan penting dalam pengolahan ceritanya, iaitu Demak, Giri dan Mataram. Dari segi pentarikhan tiga buah kerajaan ini , jika kita mengambil tahun 1481 sebagai tertubuhnya kerajaan Demak dan mengambil tarikh 1680 berakhirnya pemerintahan Amangkurat II di Mataram (1677-1680), ini bermakna pengkesahan mengenai masyarakat Jawa oleh karya ini sekurang-kurangnya meliputi jangka waktu kira-kira 200 tahun. Ada pun kerajaan Giri yang dikalahkan Mataram seperti yang disebut oleh karya ini berlaku pada tahun 1636.