• 167011819_3695659617227110_731674135372591370_n
  • 167011819_3695659617227110_731674135372591370_n
1

?Kedah Tua: Tamadun Terawal Asia Tenggara, Samudera, Manusia, Besi Mencipta Peradaban

Regular price
RM 49.00
Sale price
RM 49.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kedah Tua: Tamadun Terawal Asia Tenggara, Samudera, Manusia, Besi Mencipta Peradaban

Author: Muhammad B Abd Razak

Publisher: Dar Al Wahi

ISBN: 9789670729404

Weight:

Pages:

Year: 2021

Price : RM49

Kedah Tua merentasi zaman yang amat panjang melangkaui jauh dari yang pernah dicatatkan sejarah, hatta Hikayat Merong Mahawangsa teramatlah muda jika dibandingkan denganpentarikhan yang di temui melalui kajian dan galiselidik arkeologi. Ini terbukti dari kisah hikayat itu sendiri yang mengatakan tentang delegasi dari Rom, sedangkan bukti saintifik kewujudan Kedah Tua lebih awal dari legenda terkenal Rom, iaitu Romulus dan Remus.

Pada tahun 788 SM, Rom dan Parsi masih lagi perkampungan kuno, namun di Kedah Tua telah wujud satu peradaban yang berteraskan industri dan perdagangan maritim yang penting.Mengapakah ia penting ? Kerana Kedah Tua merupakan pengeluar jongkong besi terbesar. Ini terbukti dengan longgokan jutaan tuyere untuk proses peleburan besi yang berlangsung lebih dari 2000 tahun.

Penulis buku ini cuba mencantumkan catatan-catatan sejarah, temuan arkeologi dan tulisan ilmiah dalam 'penerokaan ke alam' Kedah Tua yang gemilang dengan industri besi, pedang, alam maritim, dagangan timur barat, dari Guangzhou, China hingga ke Thebes, Mesir.