• pro_399_1133L_B5583
  • pro_399_1133L_B5583
1

?Pengurusan Kualiti Makanan Halal

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pengurusan Kualiti Makanan Halal

Author: Norazilawati Md Dahlal

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN: 9789834901370

Weight: 150g

Pages: 113

Year: 2015

Price: RM15


Pengurusan pembangunan berteraskan Islam merupakan mekanisme baru dalam pengurusan kualiti termasuklah kualiti makanan halal. Apabila meneliti isu integriti pengurusan kualiti makanan halal, usaha untuk memperkasakan ekonomi negara melalui industri makanan halal dilihat mempunyai halangan dan kekangan. Buku ini mengetengahkan isu-isu yang lazimnya berlaku dalam bidang pengurusan. Ia dilihat penting apabila institusi Islam seperti institusi yang terlibat dalam pengurusan kualiti makanan halal masih berlaku kemelut yang bakal mencemarkan ajaran Islam. Penghasilan makanan yang tidak tulen kehalalannya juga bakal meninggalkan kesan negatif kepada pembentukan akhlak dan jiwa seorang Muslim. Namun, menyedari hakikat pembangunan industri makanan telah didominasi oleh pengusaha bukan Islam, bagaimanakah pelaksanaan pengurusan kualiti makanan halal ini dapat dilaksanakan dengan menepati kehendak dan inti pati Islam? Buku ini merupakan sumbangan kecil hasil penyelidikan secara teoretikal yang dilakukan ke atas pelaksanaan Standard Halal MS1500:2009. Bagi melengkapkan keperluan sistem kualiti makanan dan memenuhi fardu kifayah bagi umat Islam, satu pendekatan baru akan diketengahkan dalam perbincangan buku ini melalui konsep tasawur Islam sebagai acuan pengurusan pembangunan berteraskan Islam yang dilihat lebih holistik dan komprehensif.