• 101-SOAL-JAWAB-HALAL-1-scaled
  • 101-SOAL-JAWAB-HALAL-1-scaled
1

101 Soal Jawab Halal

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

101 Soal Jawab Halal

Author: Ahmad Nasir Mohd Yusoff
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789673449309
Page: 80 m/s
Weight: 0.151kg
Year: 2019
Price: RM28

Buku 101 Soal Jawab Halal ini direalisasikan sebagai sumbangan dalam memperkaya khazanah ilmu pengajian Islam yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat global, serta bagi menjawab pelbagai isu kontemporari Muslim. Tumpuannya adalah kepada persoalan halal haram melingkari isu seperti halal dan syarak, makanan dan minuman halal, penyembelihan Islam, makanan menurut al Quran, penyucian najis, halalan toyyiban, istihalah dan mutanajjis, serta akidah dan halal

Isu vaksin dan produk kosmetik yang hangat diperdebatkan ketika ini juga diberi tumpuan agar dapat menguak jendela fikir pembaca untuk menjadi Muslim yang memiliki sifat ihtiyat (berhati-hati) dalam penggunaan produk harian serta pemilihan makanan dan minuman. Sebagai pengguna, umat Islam perlu mengutamakan yang baik, berkualiti, bersih dan halal bagi kesempurnaan diri dan badah. Utamakan yang halal, hindari yang syubhah lagi diragui sumbernya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan haram itu jelas. Di antara kedua-duanya terdapat perkara syubhah (meragukan) yang orang ramai tidak mengetahuinya. Sesiapa menghindari perkara syubhah maka sesungguhnya dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan sesiapa terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara diharamkan..."
- Riwayat al-Bukhari