• Screenshot_2023-12-27_164224.png
  • Screenshot_2023-12-27_164224
  • Screenshot_2023-12-27_164224.png
  • Screenshot_2023-12-27_164224
1

5 Tokoh Jurutera Mekanikal Muslim Berpengaruh

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

5 Tokoh Jurutera Mekanikal Muslim Berpengaruh

Author: Ahmad Baharuddin Abdullah, Ahmad Razlan Yusoff
Publisher: UMP PRESS
ISBN: 9786297641027
Weight: 0.5
Pages: 357pp
Year: 2018
Price: RM38

Buku ini cuba menidakkan dan menafikan semua tanggapan masyarakat tentang bidang kejuruteraan. Sejarah membuktikan tokoh jurutera banyak memainkan peranan dalam kehidupan. Mereka bukan sahaja memudahkan kehidupan manusia melalui inovasi yang dihasilkan, bahkan terdapat jurutera mekanikal yang melangkui semua itu dan memainkan peranan jauh lebih besar, iaitu sebagai pemimpin sesebuah negara.
Tiga susuk tubuh tokoh zaman silam diketengahkan dalam buku ini ialah Al-Jazari, Banu Musa Bersaudara dan Taqi Al-Din. Kelebihan utama ketiga-tiga sarjana ini adalah dalam bentuk inovasi yang dihasilkan yang seterusnya memberi impak kepada bidang kejuruteraan itu sendiri. Contohnya jam mekanikal oleh Al-Jazari, Banu Musa Bersaudara dengan teknologi engkolnya dan Taqiuddin dengan enjin wapnya. Manakala dua orang tokoh dari era moden dimasukkan dalam buku ini ialah Najmuddin Erbakan dan B.J. Habibie. Kedua-dua pemimpin Islam hebat ini mempunyai latar belakang akademik dalam bidang yang sama iaitu kejuruteraan mekanikal. Najmuddin Erbakan terkenal dengan kereta kebalnya dan BJ Habibie dengan projek kapal terbangnya. Erbakan pula berjaya meruntuhkan tembok sekularisme yang telah dibina sekian lama di Turki. Manakala Habibie pula berjaya menghapuskan budaya politik jahat yang membarah di Indonesia.