• WhatsApp_Image_2024-11-14_at_17.13.36__1_.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-11-14_at_17.13.36__1_
  • WhatsApp_Image_2024-11-14_at_17.13.36__1_.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-11-14_at_17.13.36__1_
1

Alam Al-Hussab Fi ''Ilm Al-Hisab Syeikh Ahmad Al-Khatib: Teks Matematik Klasik Alam Melayu

Regular price
RM 75.00
Sale price
RM 75.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

'Alam Al-Hussab Fi 'Ilm Al-Hisab Syeikh Ahmad Al-Khatib: Teks Matematik Klasik Alam Melayu 

Author: Mat Rofa Ismail
Publisher: DBP 
ISBN: 9789834619350
Tahun: 2024
Weight: 597gsm
Pages: pp
Price: RM75

Alam al-Hussab fi ilm al-Hisab merupakan karya matematik tulisan ulama Melayu yang terkenal, Syeikh Ahmad bin Abdul Latif al-Khatib yang berasal dari Minangkabau, Sumatera yang digunakan dalam kurikulum pengajian Masjidilharam Makkah menjelang lewat kurun ke-19. 

Ketika itu matematik dikaji secara bersepadu dengan ilmu Islam yang lain di masjid dan pusat pengajian Islam. Syeikh Ahmad al-Khatib pernah dilantik menjadi Imam dan Khatib di Masjidilharam ketika pentadbiran Kerajaan Uthmaniyyah. Teks ini menunjukkan taraf keilmuan yang dimilikinya yang melibatkan ilmu-ilmu warisan Islam secara bersepadu. 

Teks ini ditulis dalam tulisan Jawi yang menerangkan konsep asas matematik Islam termasuk aritmetik, aljabar. geometri, kombinatorik dan masalah yang melibatkan umat Islam. Teks ini menjadi bukti hidup betapa ilmuwan Melayu menjadikan matematik menjadi ilmu yang dituntut di atas dasar fardu kifayah dalam epistemologi Islam. Matematik berkait rapat dengan fiqh yang melibatkan pengiraan termasuk zakat, fara'id, urus niaga, falak, dan seumpamanya. 

Teks ini merupakan kesinambungan warisan al-Khawarizmi, Abu Kamil, al-Amili, al-Turtusi, Ibu Yasamin dan rangkaian mereka yang diungkapkan kembali dalam bahasa Melayu oleh al-Khatib. Teks ini menjadi saksi bahawa tamadun Melayu merupakan kesinambungan daripada tamadun Islam induk yang agung.