• Kaunseling_F-500x500.gif
  • Kaunseling_F-500x500
1

Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi

Author: Nor Shafrin Ahmad, Rohany Nasir

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674121969

Pages: 254

Year: 2014

Weight:

Price: RM40

Perkhidmatan kaunseling kini diterima dengan baik di Malaysia. Kaunselor ditempatkan di pelbagai kedudukan sama ada di sekolah, sektor pekerjaan awam dan swasta, institusi malahan orang ramai kini sanggup membayar perkhidmatan kaunselor terlatih dalam proses mereka mendapatkan bantuan kaunseling. Persoalan yang sering ditanya oleh kaunselor pelatih ialah mengapa perlunya teori kaunseling sedangkan yang penting ialah proses membantu klien itu sendiri. Namun pada hakikatnya teori kaunseling itu penting dan perlu kerana ia menjadi garis panduan kepada para kaunselor dalam mengendalikan kaunseling. Selain daripada menentukan orientasi kaunseling seseorang kaunselor, teori yang digunakan memberi gambaran pegangan kaunselor itu tentang sifat semula jadi manusia. Dalam usaha memberi kaunseling, para pengamal kaunseling menggunakan pelbagai pendekatan sama ada berorientasikan kognitif, humanistik dan tingkah laku. Malahan gabungan teori yanga asalnya daripada barat ini telah digabungjalinkan dan disesuaikan dengan pengalaman, budaya, fahaman dan adat resam para kaunselor. Gabungan dan penyesuaian ini dilihat menjadi lebih baik dan sesuai dengan klien yang berlatarbelakangkan negara kita, Malaysia. Sebanyak lapan teori utama dibincangkan; Psikoanalisis, Psikologi Individu, Pemusatan Insan, Gestalt, Rasional Emotif Tingkah laku, Kognitif, analisis Transaksional dan Realiti. Dalam usaha untuk membantu para pembaca dan mengaplikasikan teori dalam praktif kaunseling dan psikoterapi, satu kes yang sama telah digunakan sebagai rujukan. Aspek penting teori seperti konsep, pandangan teori tentang sifat manusia, teknik dibincangkan. Aplikasi teori dalam praktif kaunseling dan psikoterapi dibincangkan dengan keterangan tentang langkah serta teknik yang digunakan dalam mengendalikan kes.