• 41d8d942a44c4d349c63d48d46556435~tplv-aphluv4xwc-origin-jpeg
1

Asuhan Budi Menerusi Islam

Regular price
RM 65.00
Sale price
RM 65.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Asuhan Budi Menerusi Islam

Author: Za'ba

Publisher: Akademi Jawi Malaysia

ISBN: 9789672422105

Weight:

Year: 2025

Page: 368pp

Price : RM65

Bahagian yang akan saya ambil dalam rancangan ini ialah pada cawangan yang jarang- jarang benar kita dengar disebut dalam majlis-majlis pengajian agama di negeri kita ini, dan belum ada didapati kitāb-kitāb dalam Bahasa Melayu. Perkara yang saya maksudkan ini ialah cawangan asuhan akhlaq atau membaiki laku perangai dan budi pekerti dari jalan agama Islām. Saya akan cuba mengisi luang ini dengan seberapa daya upaya yang terdapatkan oleh saya. Za’ba, Asuhan Budi Manusia ini, walau macam mana pun kayanya walau macam mana besar pangkatnya sekalipun, sentiasalah juga berhajat kepada ‘ilmu pengetahuan pada segala peringkat perjalanan hidupnya; kerana ‘ilmu pengetahuan itulah perhiasan yang seni kepada wujud dirinya, dan pengasuh yang halus kepada kuasa-kuasa hatinya dan semangat batinnya. Maka besarlah kekurangannya jika seseorang tiada mendapat nikmat ‘ilmu pengetahuan.

Kata pepatah Melayu, rupa yang tak dapat diubah, tetapi fi‘il laku dapat. Maksudnya, walau bagaimanapun tabi‘at dan laku perangai jahat yang telah jadi sebati kepada diri seseorang, tetapi jika ia berkehendak tetaplah boleh diubahnya menjadi baik. Dalam pada itu pada zaman kita sekarang, rupa pun boleh juga diubah dengan berbagai ikhtiyar dan make-up dan dengan kepandaian doktor tegang kulit dan doktor belah yang memakai plastik. Apa lagilah laku perangai yang tidak nampak bendanya itu, tentulah boleh diubah juga asalkan ada kemahuan. Maka kita sangat berhajat akan orang-orang kita sebagai suatu kaum mengubah beberapa sifat perangai dan pekerti kebangsaan kita yang kurang baik, diganti dengan yang baik. Sesungguhnya dengan berubah sifat-sifat perangai yang kekurangan itulah sahaja boleh diharap mereka itu akan dapat maju dengan sebenarnya dalam ‘alam perlumbaan hidup yang luas ini.