Autoriti Pentadbiran Undang-Undang Pendidikan Islam di Malaysia
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Autoriti Pentadbiran Undang-Undang Pendidikan Islam di Malaysia
Author: Zaini Nasohah et.al
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860872
Weight: 0.23 kg
Pages: 151 pp
Year: 2023
Price: RM30
Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan pembahagian bidangkuasa antara Persekutuan dengan negeri di dalam Senarai I dan Senarai II. Manakala Senarai II pula adalah senarai yang menjelaskan mengenai kedudukan kedua-dua belah pihak dalam perkara-perkara tertentu. Bidang pelajaran berada di bawah bidangkuasa Persekutuan (Senarai I). Sebaliknya perkara agma pula disenaraikan di dalam Senarai Negeri (Senarai II). Ia termasuk dalam skop pentadbiran undang-undang Islam di setiap negeri. Dalam masa yang sama, Perlembagaan persekutuan tidak pula memperincikan dengan jelas kedudukan serta autoriti pentadbiran dan pengurusan pendidikan Islam dalam Senarai 1 tersebut. Walau apapun, peruntukan ini menjadi punca kuasa autoriti hak mendapatkan pelajaran agama di dalam Perlembagaan Persekutuan dan di bawah undang-undang negeri.
Buku ini membentangkan bentuk pentadbiran pendidikan yang berfungsi di peringkat Persekutuan dan negeri. Hal ini sebagai satu pendedahan kepada awam tentang bagaimana bentuk organsasi pengurusan yang mengurus dan mentadbir intitusi pendidikan Islam di negeri-negeri. Seiringan dengan amalan federalisme, model pentadbiran pendidikan di Malaysia adalah bercorak sentralisasi. Ini bermaksud bahawa Menteri Pelajaran yang menerajui Kementerian Pelajaran merupakan puncak kuasa dan bertanggungjawab melaksanakan dasar kementerian.