• Dari_Langkawi_ke_Sarawak_Lapan_Sumber_Perancis__1621-1899__-305x305
  • Dari_Langkawi_ke_Sarawak_Lapan_Sumber_Perancis__1621-1899__-305x305
1

Dari Langkawi Ke Sarawak Lapan Sumber Perancis (1621-1899)

Regular price
RM 71.00
Sale price
RM 71.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Dari Langkawi Ke Sarawak Lapan Sumber Perancis (1621-1899)

Authors: Daniel Perret Arba’iyah Mohd Noor
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674884048
Tahun: 2025
Weight: gsm
Pages: pp
Price: RM71

Buku Dari Langkawi ke Sarawak: Lapan Sumber Perancis (1621-1899) / De Langkawi à Sarawak : Huit regards français (1621-1899) merupakan sumber-sumber primer pilihan dalam bahasa Perancis tentang kawasan yang kini berada dalam Malaysia. Lapan buah teks atau sebahagian daripada teks, yang ditulis oleh lapan penulis yang berbeza, dengan profil dan nasib yang pelbagai, telah dipilih daripada sumber-sumber berbahasa Perancis berdasarkan kriteria tertentu. Pertama, kisah langsung ini mencerminkan hubungan yang sudah lama dengan kawasan yang kemudiannya menjadi Malaysia. Kedua mengenai kepelbagaian kawasan geografi, kerana kelapan- lapan orang ini membawa kita meneroka Selat Melaka, Kedah, Perak, Melaka, Johor dan Sarawak. Teks-teks ini mencerminkan suatu pengalaman peribadi, dengan bermacam-macam sifat dan perasaan peribadi, motivasi, pandangan dunia, pengalaman dalam rangka konteks sejarah yang khas. Lima di antara lapan sumber ini belum pernah diterjemah dan diterbitkan dalam mana-mana bahasa asing. Buku ini berbentuk dwibahasa untuk memudahkan akses para pembaca kepada lapan sumber primer dalam bahasa asal, dilengkapi dengan anotasi hasil kajian yang khusus. Dengan ini, potensi kalangan pembaca buku ini menjadi lebih luas merangkumi para ahli akademik yang menyelidiki sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, selain para peminat yang sudah menguasai bahasa Perancis.