• Dinamika_Wacana_Politik_Msia_Final_Print-600x600
  • Dinamika_Wacana_Politik_Msia_Final_Print-600x600
1

Dinamika Wacana Politik Malaysia Dan Global

Regular price
RM 70.00
Sale price
RM 70.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Dinamika Wacana Politik Malaysia Dan Global

Author: MohdAzizuddin Mohd Sani

Publisher: UM Press

ISBN: 978-983-100-893-5

Year: 2016

Weight: 0.350 kg

Price: RM70

Buku ini bertajuk DINAMIKA WACANA POLITIK MALAYSIA DANGLOBAL yang bermaksud coretan berkenaan isu-isu semasa global. Ia adalah hasilkoleksi 116 artikel karya Prof. Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, ahliakademik dari Universiti Utara Malaysia dan Kolumnis Berita Harian, yang diterbitkanoleh akhbar arus perdana Berita Harian bermula pada tahun 2009 sehinggalahDisember 2015. Antara isu-isu yang dibincangkan secara mendalam di dalam bukuini ialah berkaitan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) di Malaysia, Tragedi MH370dan MH17, Komuniti ASEAN dan Konflik Asia Barat. Buku ini juga banyakmembincangkan isu-isu domestik Malaysia dan antarabangsa. Ianya terbahagikepada 6 Bab. Terdapat satu bab (Bab 1) khusus membicarakan berkenaan PRU-13.Peranan politik dan sosio-ekonomi Malaysia terutamanya dasar pendidikan negaradibincangkan secara mendalam di dalam buku ini (Bab 2 dan 3).

Seterusnya buku ini juga mempunyai puluhan artikel yang cubamerungkai peranan Malaysia di peringkat antarabangsa dan menganalisa isu-isusemasa di peringkat Asia Tenggara, Asia Barat dan politik Islam serta global secaraumumnya (Bab 4, 5 dan 6). Secara keseluruhannya, para pembaca akan dapatmengikuti wacana Malaysia dan global sepanjang beberapa tahun di sampingpengetahuan dan pemahaman tentang isu-isu yang dibicarakan tersebut. Oleh itu,buku ini amat sesuai untuk pembacaan umum dan para penganalisis hal ehwalMalaysia dan antarabangsa, wartawan, akademia, ahli politik serta pelajar yangmengikuti pengajian Malaysia, sains politik, hubungan antarabangsa, danpendidikan.