Golongan LGBT dan Penyelewengan Tafsir
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Golongan LGBT dan Penyelewengan Tafsir
Author: Mohd Izwan Md Yusof, Muhd Najib Abdul Kadir & Mazlan Ibrahim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674128036
Pages: 171 pp
Year: 2019
Buku ini merupakan sebahagiandari hasil kajian peringkat Doktor Falsafah menerusi tesis bertajuk PerspektifKomuniti Lesbian, Gay dan Transgender Muslim Di Malaysia Terhadap PerlakuanHomoseksual Dan Konsep Perkahwinan Di Dalam Al-Qur’an. Sebahagian daripadatesis tersebut telah disesuaikan sebagai sebuah buku yang dapat memberikanpencerahan berkenaan sikap sarjana Muslim terhadap isu LGBT. Golongan yangcenderung menyokong LGBT terdiri daripada pengkaji dan penulis Muslim di Barat.Justeru, buku ini menawarkan jalan keluar bagi mereka yang mahu memperbetulkanperspektif dan perlakuan LGBT tanpa berkompromi dengan teks Al-Qur’an yangjelas dan muktamad dengan pentafsiran yang tuntas dan jelas oleh para mufassirin yang muktabar. Selain itu,buku ini juga menampilkan dapatan penting berkenaan 3 golongan LGBT Muslim didalam negara yang perlu ditangani dengan pendekatan yang bersesuaian.Seterusnya, buku ini merumuskan bahawa majoriti daripada komuniti LGBT Muslimyang ditemubual belum mempunyai kecenderungan untuk menjustifikasikan perlakuanLGBT dengan menyelewengkan pentafsiran ayat-ayat al-Qur’an sebagaimana yangdirintis oleh pengkaji dan penulis Muslim yang menyokong LGBT di Barat. Oleh itu, buku ini sesuai dimiliki danberupaya menjadi panduan penting kepada ahli akademik, para pencinta ilmu,orang awam serta ibu bapa dalam usaha menangani isu LGBT di dalam negara denganpendekatan yang tepat dan berhemah.
MOHD IZWAN MD YUSOF Ph.D,Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Banyak terlibat sebagai pembentangberkenaan topik LGBT menurut perspektif Islam di agensi kerajaan, universitidan sekolah. MUHD NAJIB ABDUL KADIR Ph.D, Profesor di Pusat Kelestarian TurathIslami, Fakulti Pengajian Islam UKM. Kepakarannya dalam Tafsir al-Qur’an danUlum al-Qur’an, Kajian Tafsir Nusantara dan Methode Tafsir. MAZLAN IBRAHIMPh.D, Profesor Madya di Pusat Akidah dan Keamanan Global, Fakulti PengajianIslam. Banyak menghasilkan buku dan kajian dalam bidang al-Qur’an, tafsir danhadis.