Harmoni Dalam Kepelbagaian: Aspirasi Perpaduan Malaysia
- Regular price
- RM 12.00
- Sale price
- RM 12.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Harmoni Dalam Kepelbagaian: Aspirasi Perpaduan Malaysia
Author: Kluster Perpaduan Nasional IKRAM
Publisher: Pertubuhan IKRAM Malaysia
ISBN: 9789671777015
Weight:
Pages: 46pp
Year: 2024
Price: RM12
Kita menerima kepelbagaian dan pluraliti (kemajmukan) sebagai sunnatullah kemanusiaan, dan barangkali Malaysia memiliki nisbah kemajmukan yang lebih menonjol berbanding banyak negara lain. Ada antara kepelbagaian ini adalah secara semula jadi tanpa boleh diubah seperti kepelbagaian bangsa, dan ada yang merupakan pilihan individu seperti kepelbagaian agama dan aliran fikir. Hatta dalam hal-hal yang merupakan pilihan individu, sejarah menunjukkan yang manusia mustahil bersepakat dalam suatu hal tanpa ada individu yang akan berbeza.
Kepelbagaian ini boleh dianggap sebagai ancaman atau dibiarkan menjadi punca ancaman terhadap keharmonian negara, ataupun ia perlu dihalakan untuk memanfaatkan sisi-sisi positif dari kepelbagaian ini untuk kebaikan semua. Di samping menguruskan sisi-sisi negatif kepelbagaian dengan kematangan dan kebijaksanaan, kita perlu berusaha memanfaatkan dan memaksimakan kepelbagaian Malaysia ini sebagai aset yang bakal memberinya kelebihan berbanding negara-negara lain.