• largepreview
  • largepreview
1

Hegemoni Budaya Politik Melayu

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

HegemoniBudaya Politik Melayu

Author: Noor Sulastry Yurni Ahmad

Publisher: UKMPress

ISBN: 9789674122331

Pages: 264 pp

Price: RM40

Wa’adat atau kontrak sosial dalam Sejarah Melayu merupakanunsur signifikan dalam budaya politik Melayu tradisional. Perjanjian ini telahmeninggalkan kesan kuat dalam arena politik Melayu, sebelum, ketika serta zamanpascakemerdekaan yang menjadi tumpuan utama kajian ini. Bukan sahaja raja ataupemerintah Melayu yang kuat membina budaya politik Melayu, malah tindakankolonial juga penting bagi memahami perkembangan budaya politik Melayu dinegara ini. Meskipun orang Melayu telah memahami pelbagai perubahan, namununsur kepatuhan, kesetiaan, ketaksuban dan sifat submisif mereka terhadap rajaserta pemimpin lokal tidak pernah berubah. Jalinan elemen tradisional bercampur baur dengan adat dan agamamengharungi proses modenisasi seiring dengan perkembangan budaya politikMelayu.

Justeru, kesan konstruksi kolonial terhadap politik masyarakat Melayusecara sedar atau tidak, mengimpak satu transformasi budaya politik darikepatuhan kepada raja Melayu beralih kepada kolonial British dan kemudiankepada pemimpin Melayu bukan aristokrat. Kehadiran naluri insan dan keperluan wujudnya ketua atau 'naturalobedience' yang sedia wujud dalam jiwa mereka menjadi penyebab utama kepadakelangsungan budaya submisif ini. Pendekatan konsep 'obedience' yang naturaljuga diaplikasi dalam membincangkan isu kepatuhan orang Melayu terhadappemerintah yang lahir secara semula jadi mengikut 'instinct' atau nalurikebiasaan seseorang insan.

Buku ini membincangkan tentang hegemoni dalam budayapolitik Melayu yang dimaksudkan kesetiaan masyarakat Melayu kepada pemimpin yangdianalisis sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kepada erapemerintahan Dr. Mahathir Mohamad. Namun, buku ini menyatakan hegemoni ini diterimadengan baik oleh orang Melayu kerana secara semula jadinya (natural obedience)adalah budaya politik orang Melayu. Buku ini menghujahkan hegemoni dalam masyarakat Melayu terbentuk semula jadi secara sukarela(consent).