• WhatsApp_Image_2021-03-10_at_16.31.39
  • WhatsApp_Image_2021-03-10_at_16.31.39
1

Hikayat Iskandar Zulkarnain

Regular price
RM 12.00
Sale price
RM 12.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Hikayat Iskandar Zulkarnain

Editor: Khalid Muhammad Hussain

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN: 9789834601904

Weight:

Page: 397pp

Year: 2018

Price: RM12

Iskandar Zulkarnain merupakan tokoh yang sering mendapat tempat dalam penulisan dan penceritaan dalam karya- karya klasik Nusantara terutamanya yang berkait dengan kisah kepahlawanan. Walaupun terdapat perdebatan dalam kalangan sarjana tentang salasilah Iskandar Zulkarnain yang sebenar, namun tokoh ini tetap dikenali dan digelar sebagai penakluk yang agung. Hal ini terbukti misalnya dalam karya klasik Melayu seperti Sejarah Melayu yang menyatakan bahawa raja-raja Melayu dikatakan berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain. Selain itu, disebutkan juga bahawa Iskandar Zulkarnain merupakan pahlawan Islam yang mengembangkan agama Nabi Allah Ibrahim. Sebagaimana yang dihasratkan oleh penyusun, Hikayat Iskandar Zulkarnain dipersembahkan dalam bentuk yang lengkap tanpa perubahan dan penambahan pada kandungan teks asal. Hal ini akan memudahkan pengkaji membuat penelitian secara menyeluruh terutama berkaitan aspek latar belakang budaya Melayu dan hubungannya dengan kebudayaan lain.