• Untitled_b1cq-x5.png
  • Untitled_b1cq-x5
  • Untitled_b1cq-x5.png
  • Untitled_b1cq-x5
1

Hikayat Merong Mahawangsa - Interpretasi Teks dan Nilai Sejarah

Regular price
RM 48.00
Sale price
RM 48.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Hikayat Merong Mahawangsa: Interpretasi Teks dan Nilai Sejarah

Editor: Asmah Hj Omar
Publisher: DBP
ISBN: 9789834946272
Page: xvii + 345 m/s
Year: 2024
Price: RM48

Hikayat Merong Mahawangsa: Interpretasi Teks dan Nilai Sejarah menguraikan kejadian-kejadian yang diceritakan menerusi hikayat ini, yang wujud dan berlaku kira-kira 5,000 tahun dahulu. Hikayat Merong Mahawangsa memberi pelbagai jenis maklumat: alam semula jadi, alam bina, suku-suku etnik, pembukaan negeri, dan juga hubungan antara kaum dalam keadaan konflik dan damai. Kaedah analisis yang diterapkan diambil dari empat cabang linguistik, iaitu: Linguistik Am, Linguistik Sejarah, Geolinguistik, dan Semiotik. Dari kaedah ini dapat dikenal pasti yang mana mitos dan yang mana realiti. Sumber tambahan dalam menginterpretasi alam semula jadi, alam bina dan berbagai-bagai peristiwa ialah maklumat-maklumat yang diperoleh dari sejarah, arkeologi, geomorfologi, dan geografi, serta juga teks seiring (co-text), iaitu Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, karangan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad.

Di samping itu, dapat ditentukan siapakah Raja atau Sultan yang menitah “Fakir” menulis hikayat ini, dan bilakah penulisan itu dilakukan. Selama ini kajian teks lama menggunakan kaedah filologi yang memberi manfaat kepada para penyelidik, berdasarkan epistemologi bidang tersebut. Buku ini menawarkan kaedah yang membuka lebih banyak kemungkinan dalam usaha mengetahui sejarah negeri atau negara, yang boleh dimanfaatkan oleh pakar-pakar dari berbagai-bagai bidang sains dan kemanusiaan.

Prakata

1. Wujudnya Hikayat Merong Mahawangsa– Asmah Haji Omar

2. Alam Fizikal dan Masyarakat dalam Hikayat Merong Mahawangsa– Asmah Haji Omar

3. Wacana, Teks dan Genre Hikayat Merong Mahawangsa– Asmah Haji Omar

4. Taraf dan Kuasa dalam Hikayat Merong Mahawangsa– Mohammad Fadzeli Jaafar

5. Kiasan dan Idiom dalam Hikayat Merong Mahawangsa– Noor Hasnoor Mohamad Nor

6. Taksonomi Alam, Kemasyarakatan dan Budaya dalam Hikayat Merong Mahawangsa: Kajian Linguistik Korpus– Rusmadi Baharudin

7. Bentuk Grafik dan Unsur Dialek Kedah– Asmah Haji Omar

8. Penggunaan Lambang dalam Hikayat Merong Mahawangsa– Asmah Haji Omar

9. Makna dan Interpretasi– Asmah Haji Omar

Indeks