• unnamed__35__5l73-ep
  • unnamed__35__5l73-ep
1

Hubungan Malaysia Jepun: Diplomasi & Pendidikan

Regular price
RM 48.00
Sale price
RM 48.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Hubungan Malaysia Jepun: Diplomasi & Pendidikan

Author/Editor: Ahmad Sohaimi Lazim

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831006191

Weight: 300

Pages: 198

Year: 2013

Price: RM48


Tema utama buku ini ialah mengenai hubungan Malaysia-Jepun dalam tempoh 1957-1990-an dalam bidang diplomasi, ekonomi dan pendidikan. Dua aspek yang diberi perhatian oleh penulis ialah hubungan diplomasi dan kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan. Hubungan diplomasi yang dimaksudkan turut melibatkan hubungan dua hala dalam aspek ekonomi, perdagangan, pelaburan, bantuan luar dan kerjasama antara kedua-dua negara dan pada peringkat serantau (ASEAN). Sungguhpun begitu, isu ini hanya difokuskan dalam tempoh 1957-1970-an manakala hubungan dan kerjasama Malaysia – Jepun pada tahun 1980-an dan seterusnya lebih tertumpu kepada aspek pendidikan dan latihan. Penulis mengambil pendekatan mengasingkan perbincangan mengenai dua isu mengikut tempoh tertentu kerana berpendapat ianya dapat menekankan dua isu yang berlainan pada latar belakang masa yang berbeza namun masih mempunyai kaitan dan saling berhubung kait. Isu penting lain yang turut diperkatakan termasuklah faedah-faedah dan kelemahan yang wujud sepanjang hubungan kedua-dua buah negara.