Idea-Idea Pendidikan Berkesan Al-Ghazali & Konfusius
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Idea-Idea Pendidikan Berkesan Al-Ghazali & Konfusius
Author: Abdul Salam Yussof
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679429121
Year: 2015
Weight: 0.200 kg
Pages: 242 pp
Price: RM35
Buku ini menganalisis tentang persoalan epistemologi daripada duatokoh. Al-Ghazali dan Konfusius adalah tokoh pemikir besar yang telah banyakmemberi sumbangan pemikiran mereka dalam kemajuan ilmu sejak zaman berzamanhingga kini. Pemikiran mereka masih lagi menjadi sumber rujukan untukmenghadapi cabaran zaman kontemporari. Pelbagai idea besar ini tidak pernahterhenti daripada terus berkembang. Permasalahan yang dikaji menyentuh soalfalsafah ilmu, dan matlamat pendidikan serta metodologi pengajaran, danpembelajaran yang berkesan sebagai alternatif memperlengkap sistem pendidikanmoden yang lebih menekankan teknologi maklumat, dan komunikasi. Para pelajarkini menghadapi krisis spiritual, dan nilai-nilai moral yang kurangmenyenangkan banyak pihak dalam masyarakat. Teks utama yang digunakan merupakanhasil tulisan Al-Ghazali iaitu kitab Ihya Ulum Al-Dln dan Lun Yuiaitu himpunanajaran Konfusius yang dibukukan oleh para pengikut selepas kematiannya.Kekuatan dalaman atau spiritual mesti diutamakan untuk mencapai tahap kecemerlanganpara pelajar yang menimtut ilmu. Keyakinan, keberanian, dan etika murni mestiditanam kepada setiap kanak-kanak sejak peringkat awal perkembangan. Kesedaranrohaniah tercapai kematangannya pada peringkat yang terakhir dalam prosespendidikan. Kesedaran rohaniah timbul setelah latihan yang cukup untukmembersih jiwa serta daya fikiran sudah menjadi matang, dan dapat menerimakebenaran rohani. Nilai moral perlu diberikan keutamaan terhadap lain-lainjenis ilmu. Dengan menanamkan nilai-nilai positif, dan nilai-nilai murni, makaseseorang dapat berperanan, dan bertindak dengan lebih rasional, dan objektifmenangani masalah yang dihadapi. Krisis moral, dan konflik nilai yang bolehmemberi kesan buruk kepada kehidupan individu, dan masyarakat dapat dikurangkansekiranya setiap orang dapat menggunakan akal fikiran dengan lebih rasional,objektif, dan bertimbang rasa. Buku ini penting untuk mendapatkan sumber aslibagi kedua-dua tokoh yang dikaji. Kekuatan hasil penulisan merujuk kepadapenonjolan kedua-dua tokoh pemikir dari dua tamadun yang berbeza.