Inovasi Aplikasi Mudah Alih Bercirikan Islam: Menggunakan Augmentasi Realiti
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Inovasi Aplikasi Mudah Alih Bercirikan Islam: Menggunakan Augmentasi Realiti, Komputeran Awan dan Sensor
Author: Nazatul Aini Abd Majid
Publisher: UKM Press
ISBN:9789674127879
Pages: 143
Weight: 0.221kg
Year: 2019
Price: RM30
Inovasi dalam aplikasi mudah alih perlu diperluaskan dalam dunia Islam. Terdapat peningkatan penghasilan aplikasi dalam pelbagai bidang, tidak ketinggalan aplikasi untuk manfaat umat Islam. Namun, tidak semua aplikasi yang boleh diperolehi daripada pasaran mempunyai maklumat yang lengkap mengenai proses penghasilannya dan penerimaan pengguna sasaran. Buku ini fokus kepada idea dan proses penghasilan aplikasi dengan mengoptimumkan keupayaan telefon pintar yang merangkumi teknologi sensor, augmentasi realiti dan komputeran awan. Buku ini mengulas bagaimana sensor boleh digunakan untuk manfaat umat Islam contohnya untuk pemantauan solat. Augmentasi realiti pula memanfaatkan kamera telefon untuk memperkayakan bahan pembelajaran yang statik seperti buku teks untuk pembelajaran bahasa Arab dan panduan solat. Teknologi awan membolehkan pelbagai pihak berkongsi maklumat yang dihasilkan untuk pembelajaran al Quran dan pendidikan anak-anak. Di harap buku ini dapat merangsang penghasilan idea inovasi yang baru dengan mengoptimumkan keupayaan telefon pintar.