• p
  • p
1

Integrasi Analogi dan Teknologi: Strategi Penetapan Pemikiran Kreatif

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Integrasi Analogi dan Teknologi: Strategi Penetapan Pemikiran Kreatif

Author: Khairulhasni Abdul Kadir, Norazah Nordin & Zanaton Iksan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672388463
Pages: 189
Weight: 0.289kg
Year: 2019
Price: RM35

Kemahiran berfikir kreatif dalam pendidikan sains berupaya mendorong murid mengaplikasikan pengetahuan bagi menghadapi sesuatu situasi dalam dunia sebenar. Bagi menyediakan ruang untuk murid berfikir dan berkomunikasi secara kreatif, penggunaan analogi didapati mampu menjadi alat yang menjana minda kreatif murid, terutamanya untuk memahami konsep sains yang berbentuk abstrak. Selain itu, penggunaan teknologi khususnya TMK pula dapat mewujudkan suasana pembelajaran berpusatkan murid, maka integrasi analogi dan teknologi dapat dijadikan sebagai salah satu strategi pengajaran bagi merangsang pemikiran kreatif murid untuk membina konsep sains dipelajari. Justeru, buku ini dihasilkan bagi membantu para pendidik khususnya guru sains untuk mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid.

Buku ini disusun secara sistematik bermula dengan isu dan cabaran dalam pendidikan sains, teori dan model kemahiran berfikir, strategi dan reka bentuk integrasi analogi dengan TMK, penghasilan modul, kebolehgunaan aktiviti dalam modul, sehinggalah kepada sumbangan dan implikasi modul yang telah dibangunkan. Kupasan turut membincangkan secara khusus tentang bagaimana aktiviti modul dihasilkan berpandukan kepada teori dan model yang digunakan, agar pembaca dapat memahami keperluan integrasi analogi dan teknologi sebagai satu strategi penerapan kemahiran berfikir kreatif murid. Buku ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada semua pendidik, iaitu guru di sekolah, bakal guru dan juga kepada murid-murid untuk memahami konsep analogi.