• Islam_Feminisme_Barat___Sastera_Melayu__2_
  • Islam_Feminisme_Barat___Sastera_Melayu__2_
1

Islam Feminisme Barat dan Sastera Melayu

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

IslamFeminisme Barat dan Sastera Melayu

Author: UngkuMaimunah Mohd. Tahir & Zulkarnain Mohamed

Publisher: UKMPress

ISBN: 978-967-412-091-7

Weight: 0.200kg

Pages: 184pp

Price: RM35

Buku ini menjurus kepada persoalan yang sering mendapatperhatian dalam medan kesusasteraan iaitu wanita serta pemerihalan dan penampilannyadalam karya kreatif. Dalam konteks sastera Melayu, persoalan ini perlu berdepandengan tiga unsur penting iaitu perspektif Islam, budaya Melayu dan teori Baratkhususnya feminisme, yang terakhir selaku kerangka analisis yang kerap menjadipilihan penulis kreatif dan juga pengkritik. Sejauh manakah persoalan tersebuttelah ditangani secara adil dan saksama, sesuai dengan pengungkapannya dalamkarya kreatif dan kritikan yang berlatarkan budaya dan akal budi Melayu-Islam?Atau, adalah persoalan tersebut dikesampingkan sebagai tidak relevan keranabudaya Melayu dan agama Islam dianggap sedia tertanam secara tersirat dalamtulisan yang terhasil? Buku ini mengetengahkan perbincangan mendalam daripadaperspektif Islam dan juga feminisme Barat agar keduanya dapat dihayati serentakuntuk membolehkan kita menjawab dengan objektif dan tepat satu soalan penting,relevan dan serius, yang memang wajar diajukan: benarkah sastera dan kritikankita telah diperkayakan secara berhikmah dan bijaksana dengan penerapanideaidea feminisme Barat?