• Untitled
  • Untitled
1

Ke Arah Pembangunan Rantau Damai: Dinamika Asia Tenggara & Laut China Selatan

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Ke Arah Pembangunan Rantau Damai: Dinamika Asia Tenggara & Laut China Selatan

Author: Rashila Ramli

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674125769

Pages: 67 pp

Year: 2018

Weight: 0.2kg

Price: RM20

Dari segi sejarah, Laut China Selatan menjadi laluan perhubungan, pelayaran dan pengankutan terbuka yang penting di antara pulau-pulau dengan tanah besar di rantau Asia Tenggara, dan laluan perairan yang utama di antara Benua Eropah dengan Asia. Pada zaman globalisasi oriental klasik, kawasan perairan maritim ini diguna tanpa perbalahan tentang sempadan. Namun, globalisasi oksidental yang bermula dengan penerokaan dan penjajahan Barat serta kemunculan negara bangsa membawa pemikiran tentang pemilikan sempadan. Pada 1948, apabila China menghasilkan Peta Garis Putus Sembilan (9-Dash Line), tindakan ini menjadi pencetus bagi Laut China Selatan ditangani sebagai isu keselamatan strategik oleh banyak perlaku, khususnya China, negara-negara anggota ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU). Perkara ini mulai ketara mulai 1970-an. Menjelang 2009 sehingga sekarang, terdapat enam tuntutan yang pelbagai dan sering bertentangan terhadap rantau ini.