• pro_98_2596I_B5551
  • pro_98_2596I_B5551
1

Kecurangan: Merungkai Persoalan

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kecurangan: Merungkai Persoalan, Mencari Penyelesaian

Editor/Penyelenggara: Mohammad Yusoff Idris

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN: 9789834618483

Weight: 200g

Pages: 202

Year:

Price: RM22

Kecurangan ialah masalah sosial yang "sensitif" dan berbentuk peribadi. Peringkat awal kecurangan dilihat sebagai musibah yang menimpa diri sendiri, namun sekiranya berleluasa tanpa dikawal, lama-kelamaan gejala ini akan menjadi bencana kepada masyarakat. Walaupun kecurangan merupakan kenyataan dalam kehidupan berumah tangga, masih berlaku salah pengertian masyarakat mengenai isu ini. Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah ini tidak mendapat penjelasan yang lengkap dan tepat. Akibatnya, banyak rumah tangga yang kecundang tanpa mendapat pemahaman yang jelas. Melalui buku ini, penulis cuba memahamkan masyarakat tentang gejala kecurangan dengan mengemukakan huraian dan analisis dari pelbagai sudut pandangan. Misalnya, bagaimana kecurangan bermula, penyebab kecurangan, serta cara menghindari dan menyelesaikannya. Peranan keluarga dan masyarakat serta risiko yang akan dihadapi turut dijelaskan secara ringkas dan padat. Selain itu, prinsip dan pandagan Islam juga diberi penekanan dalam buku ini. Buku ini ibarat "pelita yang menyuluh", sebagai renungan dan pandangan, selain untuk menambah khazanah penulisan tempatan. Semoga pembaca budiman terhindar daripada penyakit masyarakat yang merosakkan rumah tangga dan mendapat manfaat daripada apa yang dihuraikan dan dijelaskan dalam buku ini.