Keratokonus: Pemprosesan Imej & Saringan Penyakit Mata
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Keratokonus: Pemprosesan Imej & Saringan Penyakit Mata
Author: Marizuana Mat daud, Wan Mimi Diyana Wan Zaki, Aini Hussain & Haliza Abd Mutalib
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672511250
Weight: 0.293kg
Page: 189
Year: 2020
Price: RM35
Keratokonus adalah sejenis penyakit mata yang melibatkan penipisan lapisan kornea, dan perubahan dari bentuk separa sfera menjadi kon dan membonjol dari pandangan sisi. Keratokonus sukar dikesan pada peringkat awal penyakit kerana pesakit tidak merasakan sebarang kesakitan. Hal ini menyebabkan, kebanyakan pesakit telah berada pada tahap yang teruk sebelum mendapat rawatan di hospital. Oleh itu, proses pengesanan keratokonus menggunakan pendekatan pemprosesan imej digital dilihat mampu mengesan penyakit keratokonus dengan lebih awal dan rawatan susulan dapat diberikan dengan lebih cepat.
Matlamat buku ini adalah memperincikan proses pengesanan keratokonus untuk saringan berasaskan kamera peralatan pintar bagi mengambil imej mata terangkum hadapan dan sisi (IMTH&S). Sebanyak 140 imej keratokonus dan 140 imej normal IMTH&S dikumpul di mana imej topografi kornea mereka telah diambil beserta data pengesahsahihan yang disediakan oleh optometri yang berkelayakan di Jabatan Oftalmologi, Hospital Kuala Lumpur. Proses pengesanan keratokonus dari pandangan hadapan dan sisi mata merangkumi lima modul utama iaitu prapemprosesan, peruasan, penyarian fitur, pemilihan fitur dan pengelasan. Pertama, kawasan kornea dari kedua-dua pandangan imej diruas sebelum fitur geometrinya dapat disari secara automatik bagi IMTH&S.