• Kesalahan_Sebutan_Dan_Latihan_Pertuturan_Kanak-Kanak-305x305.jpg
  • Kesalahan_Sebutan_Dan_Latihan_Pertuturan_Kanak-Kanak-305x305
  • Kesalahan_Sebutan_Dan_Latihan_Pertuturan_Kanak-Kanak-305x305.jpg
  • Kesalahan_Sebutan_Dan_Latihan_Pertuturan_Kanak-Kanak-305x305
1

Kesalahan Sebutan dan Latihan Pertuturan Kanak-Kanak

Regular price
RM 56.00
Sale price
RM 56.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kesalahan Sebutan dan Latihan Pertuturan Kanak-Kanak

Author: Noormala Anuar Ali Rafiza Abdul Razak Siti Hajar Halili
Publisher: UM PRESS
ISBN: 9789674883065
Weight: 
Pages:
Year: 2024
Price: RM48

Secara umum, bunyi konsonan sering digunakan sebagai ukuran tahap kejelasan sebutan seseorang. Pada usia lima tahun, kanak-kanak berkebolehan menyebut 93 peratus bunyi konsonan secara tepat, menyebabkan pertuturan mereka jelas dan mudah difahami oleh pendengar. Selain itu, setiap konsonan dikuasai mengikut perkembangan umur kanak-kanak. Contohnya sewaktu berumur 2 hingga 4 tahun, kanak-kanak telah menguasai bunyi /b/, /k/, /g/, /d/, /f/, /j/. Oleh sebab itu, mereka sepatutnya berupaya mengucapkan perkataan seperti [buku] [gigi] [dagu] dan [kakak] dengan jelas. Sebaliknya, kesalahan sebutan atau lebih dikenali sebagai pelat ialah apabila berlaku kelainan pada ucapan seperti perkataan [buku], [gigi], [dagu], [kakak] bertukar kepada [uku], [idi], [dadu] dan [tatak]. Masalah sebutan yang berpanjangan menyebabkan kanak-kanak berisiko mengalami kecelaruan komunikasi, masalah sosial, tekanan emosi, kesukaran literasi dan keciciran dalam akademik.

Teknik latihan yang tepat dan bahan pembelajaran yang bersesuaian akan meningkatkan kejelasan sebutan dalam pertuturan kanak-kanak. Buku ini perlu dimiliki oleh ibu bapa, pengasuh, pendidik, sebagai panduan memantau pertuturan kanak-kanak agar sesuai mengikut perkembangan umur 1 tahun sehingga 7 tahun. Kepekaan tentang perkara ini membantu pengesanan masalah sebutan, seterusnya melaksanakan latihan sebutan yang praktikal di peringkat awal.

Buku ini dilengkapi huraian perkembangan sebutan, masalah sebutan, latihan sebutan, perkongsian pengalaman dari kisah benar penulis, cabaran dan harapan dalam usaha meningkatkan kejelasan pertuturan untuk komunikasi berkesan.