• 457557687_1594915808119573_357288908012084691_n.jpg
  • 457557687_1594915808119573_357288908012084691_n
  • 457557687_1594915808119573_357288908012084691_n.jpg
  • 457557687_1594915808119573_357288908012084691_n
1

Kesan Revolusi Arab (1916-1918) Terhadap Semenanjung Arab dan Turki Uthmaniyah

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kesan Revolusi Arab (1916-1918) Terhadap Semenanjung Arab dan Turki Uthmaniyah

Author: Nurul Abrar Md Isa & Napisah Karimah Ismail
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786297547732
Weight: 0.3kg
Pages: 189pp
Year: 2024
Price: RM25

Revolusi Arab yang dinisbahkan kepada 'al-Thawrah al-'Arabiyah al-Kubra merupakan kebangkitan yang dicetuskan oleh Syarif Husain di Hijaz pada tahun 1916 untuk menuntut kemerdekaan wilayah-wilayah Arab yang berada di bawah naungan Kerajaan Uthmaniyah. Meskipun revolusi yang menggugat hubungan 400 tahun antara Kerajaan Uthmaniyah dan Hijaz ini dilaksanakan untuk merealisasikan aspirasi orang-orang Arab, namun terdapat beberapa rundingan, peristiwa dan misi ketenteraan yang dijalankan turut melibatkan kelicikan kuasa British demi mencapai kepentingan mereka. 

Buku ini meneroka sejarah latar belakang interaksi tiga hala antara British, Hijaz dan Kerajaan Uthmaniyah, peranan British semasa Revolusi Arab tercetus serta kesan Revolusi Arab terhadap Semenanjung Arab dan Kerajaan Uthmaniyah dalam dimensi politik, ekonomi, sosial dan keagamaan. Sememangnya sudah wujud hubungan antara British, pemimpin Hijaz dan Kerajaan Uthmaniyah sebelum revolusi tercetus. Kejayaan revolusi ini mencetuskan kesan yang fundamental terhadap konflik pemetaan wilayah-wilayah Arab dan keruntuhan Kerajaan Uthmaniyah selaku pengelola institusi khilafah. 'Al-Thawrah al-'Arabiyah al-Kubra' turut berperanan dalam membentuk pandangan sarwa masyarakat Turki dan Arab sekaligus membenihkan persepsi negatif serta stigma sesama mereka kerana ia dipotretkan sebagai sebuah tragedi yang traumatik dalam ingatan sosial mereka sekaligus mempengaruhi pembinaan identiti kedua-dua belah pihak.