Kombo Hujjat Allah Al-Balighah
- Regular price
- RM 126.00
- Sale price
- RM 126.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Hujjat Allah Al-Balighah: Terjemahan Dan Anotasi (Juzuk I)
Author: Syeikh Ahmad Qutubuddin Syah & Waliyullah Abdul Rahim Al- Dihlawi
Translator: Zainuddin Idris, Nik Hassan Nik Abdullah
Publisher: IIUM PRESS
ISBN : 9789670225036
Weight: 1.1 kg
Year: 2015 (Reprint)
Page: 881
Price : RM 70
Buku ini merupakan terjemahan daripada kitab Hujjatullah al- Balighah karya Al-Imam Al- Syeikh Ahmad Qutubuddin Syah dan Waliyullah Abdul Rahim Al- Dihlawi. Kitab ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi tujuh perbahasan mengenai kaedah-kaedah umum yang terdiri daripada segala maslahat dari setiap sudut. Kebanyakan maslahat ini didapati diakui dalam kalangan semua millah yang ada semasa zaman Rasulullah SAW dan tidak terdapat perselisihan dalam kalangan mereka pada perkara itu dan mereka yang hadir tidak perlu bertanya mengenai perkara itu. Bahagian kedua kitab ini pula menerangkan berkenaan rahsia hadith-hadith Rasulullah SAW secara terperinci seperti bab-bab iman, ilmu, kesucian, solat, zakat, puasa, haji dan ihsan. Kemudian, turut dihuraikan dengan terperinci berkenaan bab-bab muamalat, pentadbiran keluarga, politik kenegaraan, adab mencari kehidupan dan juga plbagai bab lain yang merangkumi segala aspek kehidupan.
======================
Hujjat Allah Al-Balighah: Terjemahan Dan Anotasi (Juzuk II)
Author: Syeikh Ahmad Qutubuddin Syah & Waliyullah Abdul Rahim Al- Dihlawi
Translator: Zainuddin Idris, Nik Hassan Nik Abdullah
Publisher: IIUM PRESS
ISBN : 9789675272899
Weight: 0.95 kg
Year: 2015 (Reprint)
Page: 669
Price : RM 70
Buku ini merupakan jilid kedua dari kitab Hujjat Allah al-Balighah, karya Al-Imam al-Shah Wali Allah al-Dihlawi (1114-1176H). Jilid kedua ini terbahagi kepada sepuluh bahagian yang merangkumi lima puluh sembilan bab. Buku ini membincangkan secara terperinci dan penuh hikmah serta jelas rahsia hadith-hadith Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan rukun-rukun Islam secara khusus berhubung dengan iman, ilmu, kebersihan dan kesucian, solat, zakat, puasa, haji dan ihsan. Kemudian diikuti dengan bab-bab mengenai muamalah, pentadbiran keluarga, politik negara, adab mencari rezeki dan juga pelbagai perkara lain. Prinsip-prinsip yang dibentangkan dalam terjemahan ini boleh dijadikan panduan untuk mentafsirkan al-Qur'an dan memahami hadith Rasulullah SAW. Selain itu, buku ini juga boleh membantu seorang yang mempunyai kebolehan berijtihad dan berjiwa bebas untuk membebaskan dirinya daripada belenggu taklid dan layak menjadi pakar dalam syariat Muhammadiah khususnya, dan syariat lain secara umum.