Empty Image

Konsep Rasm dan Dabt Al-quran Implikasi Terhadap Makna Ikhtilaf Qiraat

Regular price
RM 39.00
Sale price
RM 39.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Konsep Rasm dan Dabt Al-quran Implikasi Terhadap Makna Ikhtilaf Qiraat

Authors: Azah Nur Hidayah Zahari, Mohd Faizulamri Mohd Saad, Sabri Mohamad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862753
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM39

Ilmu Qiraat mempunyai hubungan yang kuat dengan al-Quran. Mushaf al-Quran yang diletakkan baris dan titik menyebabkan ia tertumpu kepada riwayat berkaitan sahaja, manakala baki riwayat-riwayat lain tidak dapat dibaca. Setelah peletakan baris dan titik dengan Riwayat Hafs an 'Asim, terdapat beberapa kalimah al-Quran yang mempunyai lebih daripada satu ikhtilaf qiraat tidak dapat dibaca melalui mushaf tersebut. Buku ini membincangkan konsep rasm dan dabt al-Quran, serta implikasi kepada ikhtilaf qiraat setelah mushaf ditanda baris dan titik mengikut riwayat Hafs an 'Asim. 

Justeru, buku ini memberi pendedahan terhadap kepelbagaian makna perbezaan qiraat tidak terhad kepada riwayat Hafs sahaja. Keperluan memahami makna al-Quran memerlukan pengetahuan mendalam dalam bidang qiraat. Kepentingan ikhtilaf qiraat ini terserlah sebagai satu syarat utama sebelum seseorang mendalami makna al-Quran. Dengan memahami konsep ini, umat Islam dapat menghayati warisan bahasa al-Quran dan menghayati keindahan dan hikmah dalam bacaannya yang pelbagai. 

Kesemua perbezaan ikhtilaf qiraat ini seharusnya mengukuhkan kepercayaan umat Islam terhadap kelebihan dan kesempurnaan al-Quran sebagai kitab suci yang mengandungi makna yang mendalam tanpa sebarang kekeliruan, bahkan ikhtilaf qiraat memberikan cakupan yang lebih luas terhadap makna yang terkandung dalam al-Quran. Buku ini adalah suatu usaha menjelaskan perkara yang berkaitan dengan ilmu al-Quran dan qiraat secara ringkas dan mudah difahami. Semoga dengan penerbitan buku ini dapat menambahkan lagi buku-buku rujukan berkaitan ilmu qiraat di Malaysia.