• nnhktg.png
  • nnhktg
  • nnhktg.png
  • nnhktg
1

Kosmologi Cahaya Antara Konsep Sufi dan Teori Fizik

Regular price
RM 55.00
Sale price
RM 55.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kosmologi Cahaya Antara Konsep Sufi dan Teori Fizik

Editor: Wan Qashishah Akmal Wan Razali, Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi & Shahidan Radiman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860117
Weight: 
Pages: 288 p.p
Year: 2023
Price: RM55

Konsep cahaya merupakan idea utama yang dikemukakan dalam buku ini. Buku ini bertujuan memberi pencerahan terhadap kesalahfahaman tentang Teori Kesatuan Kewujudan iaitu Wahat al-Wujud (khususnya konsep Nur Muhammad) yang mewakili kosmologi sufi yang dikatakan seperti kristianisasi, pateisme, Wujudiah-Batiniah, Ittihad (kebersatuan) dan hulul (penjelmaan), atau konsep  emanasi Neoplatonik dengan menggunakan pendekatan sains fizikal. Teori tetali (strings) yang digarapkan oleh Stephen Hawking (w. 2018) sebagai asas segala kewujudan atau Teori Segala Sesuatu (Theory of Everything -ToE) jugatelah memberikan tafsiran yang menyokong golongan ateis, di mana memerlukan interpretasi baru. Kosmologi Sains Moden daripada Barat terhad dalam dimensi fizikal, berbentuk empirikal dan teori semata-mata serta tiada falsafah nilai-nilai keTuhanan. 

Manakala, Kosmologi Sains Islam telah merangkumi aspek metafizik komprehensif dan berasaskan sumber wahyu Ilahi, terutamanya Teori Metafizik Cahaya daripada huraian para sufi. Sehubungan itu, Kosmologi Cahaya Integratif melalui huraian Ahadiyyah, Wahdah, Wahidiyyah, Arwah, Mithal, Ajsam dan Insaniyah dapat memberikan pencerahan terhadap ontologi kosmologi alam daripada cahaya yang membawa kepada penemuan kewujudan keEsaan Allah SWT. Kosmologi sufi justeru menjadi solusi kepada permasalahan dalam falsafah kosmologi. Semoga buku ini dapat menjadi pemangkin buat umat Islam untuk memahami dan memperdalam ilmu pembersihan hati dan kesufian agar diaplikasikan dalam kehidupan, sekaligus menangkis tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas.