• 25994647_1644362832289125_1707197740269421210_n
  • 25994647_1644362832289125_1707197740269421210_n
1

Krisis Kemanusiaan Dan Peranan Al-Qur''an Sebagai Penyelamat

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Krisis Kemanusiaan Dan Peranan Al-Qur'an Sebagai Penyelamat

Penulis: Taha Jabir al-Alwani

Penterjemah: Grup Penterjemah DERIA

ISBN: 9789671178294

Harga: RM30.00

Al-Qur’?n adalah mukjizat yang tidak akan terhentikeajaibannya, yang ditinggalkan oleh Junjungan Besar kita Muhammad ?allAll?hu‘alaihi wa sallam kepada kita umat akhir zaman. Ia mempunyai formula rawatanRabb?n? yang perlu digali oleh umat ini.

Umat ini menghadapi pelbagai krisis – intelektual,kebudayaan, ketamadunan, etc – akibat terkebelakang dalam menjadikan al-Qur’?nsebagai pedoman. Akibatnya umat ini tiada jati diri, terumbang ambing,berkrisis dan sebagainya. Shaykh Dr.??ha J?bir al-‘Alw?n? menyebut bahawa jalankeluar daripada krisis adalah dengan kembali kepada al-Qur’?n, dan mendakisemula kemuncak kemuliaannya berpandukan cara hidup Rasulullah ?allAll?h‘alaihi wa sallam apabila berhadapan dengan intipati al-Qur’?n. Inilahsatu-satunya pedoman yang benar lagi pasti berbanding dengan rujukan lain,kerana sifatnya yang memberi saranan bersifat universal, lengkap dengantatacara Shar?‘at yang suci, serta mampu mengangkat martabat manusia denganmenghalalkan bagi mereka perkara-perkara yang baik, dan mengharamkan kepadamereka segala benda yang kotor. Ia penghapus beban-beban dan belenggu-belenggudi pundak mereka. Ia rahmat pada seluruh alam, memudahkan manusia menuju hariPembalasan. Al-Qur’?n menguasai semua kitab terdahulu dengan sifatnya sebagaikitab penamat, menguasai semua perkara pada masa hadapan dengan sifatnya yangmutlak dan bijaksana, dan turut membenarkan perkara-perkara yang memusuhinyadengan sifat syumul dan merangkumi semua perkara.

Karya yang diterjemahkan ini adalah satu renungan tajamdaripada seorang ulama yang amat disegani, iaitu Shaykh Dr.??ha J?biral-‘Alw?n?, seorang ahli di dalam bidang al-Qur’?n, di mana beliau menjadikanal-Qur’?n sebagai penawar dalam membawaumat ini keluar daripada krisis kemanusiaan.