• Lindung_Nilai_Islam-500x500
  • Lindung_Nilai_Islam-500x500
1

Lindung Nilai Islam Derivatif Menurut Syariah

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Lindung Nilai Islam Derivatif Menurut Syariah

Author: Azlin Alisa Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672510420
Weight: 0.258kg
Page: 163
Year: 2020
Price: RM30

Buku ini membincangkan mengenai lindung nilai yang mengguna pakai kontrak derivatif yang sudah tidak asing lagi dalam aspek pengurusan risiko. Lindung nilai amat diperlukan untuk melindungi atau meminimumkan kerugian yang bakal terjadi akibat daripada risiko yang sentiasa wujud dalam pasaran kewangan. Lindung nilai juga sangat diperlukan dalam perdagangan antarabangsa seperti eksport dan import yang merupakan aktiviti terpenting dalam pembangunan ekonomi negara. Perdagangan antarabangsa ini melibatkan urusan penerimaan dan pembayaran wang daripada pelbagai mata wang yang berbeza. Tanpa adanya lindung nilai, maka pelabur atau pedagang akan berhadapan dengan risiko pasaran yang akan mengakibatkan modal mereka terdedah kepada kerugian yang besar. Justeru, keperluan kepada lindung nilai amat penting bagi mengelak daripada berlakunya kerugian akibat perubahan kadar mata wang yang tidak menentu. Kaedah pengurusan risiko yang terkenal dalam pasaran kewangan konvensional ialah kontrak derivatif. Namun, penggunaan kontrak derivatif seringkali menjadikan matlamat lindung nilai tidak tercapai apabila ia membuka peluang kepada spekulator untuk mengaut keuntungan dengan mudah daripada perbezaan harga mata wang.