Melangkah Ke Hadapan: Landskap Muslim Demokrat Di Malaysia
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Melangkah Ke Hadapan: Landskap Muslim Demokrat Di Malaysia
Author: Mujahid Yusof Rawa
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007234
Year: 2018
Weight: 0.215kg
Pages: 175pp
Price: RM35
Walaupun politikal Islam dilihat sebagai satu kuasa yangcuba bersaing secara demokrasi dengan parti-parti liberal-sekular di kalanganMuslim yang lainnya, kelompok Islam sering ditanggap sebagai kelompok yangtidak boleh dipercayai kerana kelompok liberal-sekular mendakwa politikal Islamhanya menggunakan demokrasi dan apabila menang akan menegakkan Negara Islamdengan melaksanakan hukum syariat. Golongan liberal-sekular amat menentangperjuangan ‘menegakkan syariat’ kerana menganggap bercanggah dengan hasratnegara yang demokratik.
Pertembungan ini menyebabkan golongan kelompokpolitikal Islam senantiasa dipandang serong sehingga usaha mendaftarkan partipolitik bernuansakan Islam menjadi satu kesukaran walaupun mereka komiteddengan proses demokrasi untuk membawa Islam melalui perjuangan politik. Suasanaini menyebabkan ahli politik Islam terpaksa menyegarkan identitinya kepadameyakinkan semua pihak bahawa mereka benar-benar mahukan sebuah negara yangdemokratik dan menentang sebarang bentuk kaedah yang bercanggah dengan prosespolitik. Salah satu usaha ke arah tersebut ialah melalui identiti MuslimDemokrat yang merujuk kepada seorang ahli politik Islam yang memilih untukberada dalam acuan demokrasi bagi memperjuangkan idealisme perjuangan berpandukankepada keadilan dan kesaksamaan di samping memahami dengan jelas fiqh waqie’ atau fiqh lokal.
Dalamkonteks Malaysia, fiqh lokal adalah Fiqh Siyasi Manhaj Malayzi atau Fiqh PolitikMalaysia amat diperlukan kerana sifat fiqhadalah sesuatu yang cuba mendapat panduan agama dalam pengertiannya secaraoperasional dan untuk mendapat panduan, hukum-hakam berkenannya mestilahberpijak di bumi nyata dan acuan yang diterima ramai sebagai sistempemerintahan yang dipakai.
Untuk pengenalan yang lebih lanjut, sila klik link di bawah: