Memahami Gelagat Kos Prasyarat Usahawan Alaf Baharu
- Regular price
- RM 47.00
- Sale price
- RM 47.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Memahami Gelagat Kos Prasyarat Usahawan Alaf Baharu
Author: Jamalludin Helmi Hashim & Hazlina Hussein
Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 9789834953669
Weight: 301 g
Pages: 247 ms
Year: 2026
Price: RM47
Buku Memahami Gelagat Kos: Prasyarat Usahawan Alaf Baharu adalah menjadi harapan kami agar buku ini memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan menyokong kemajuan perakaunan sebagai ilmu untuk memahami makna perniagaan.
Buku ini ditulis dengan rasa keperluan untuk mendukung usaha penguasaan beberapa ilmu asas dalam memahami ilmu perakaunan kos. Terdiri daripada lapan bab yang merangkumi tiga tema utama, laitu (i) bersifat teknikal, (i) bersifat jangka sederhana dan (iii) bersifat jangka panjang. Tema yang bersifat teknikal terdiri daripada lima bab (bab 1 hingga 5), iaitu peranan dan evolusi usahawan, perakaunan kos dan usahawan, klasifikasi dan gelagat kos, hubungan antara kos, volum dan untung serta peletakan harga dan peranan kos. Tema kedua, iaitu bersifat sederhana terdiri daripada belanjawan, iaitu teori dan praktis untuk perniagaan kecil dan sederhana (Bab 6) dan belanjawan modal (Bab 7). Tema yang terakhir ialah tentang rempuhan ekonomi gig dan struktur kos-satu tema yang dijangka penting dan sangat signifikan kepada golongan usahawan mutakhir ini.
Dengan gaya penulisan yang sederhana tapi segar, beberapa contoh ditampilkan untuk setiap penjelasan supaya mudah difahami. Disertakan dengan contoh-contoh yang berupa pengiraan dan penjelasan untuk setiap satunya.