• Menyurat-Pesanan-Perdana-cover
  • Menyurat-Pesanan-Perdana-cover
1

Menyurat Pesanan Perdana

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

MenyuratPesanan Perdana

Author: Mohd.Tajudin bin Haji Abdul Rahman

Publisher: Gerakbudaya

ISBN: 9789832344964

Year: 2018

Weight: 0.270kg

Pages: 284pp

Price: RM38

MENYURAT PESANAN PERDANA merupakan sebuah novel yang digarapdalam bentuk surat menyurat (emel) antara dua orang sahabat yang telah lamaberpisah – Datuk Haji Fadzil Ibrahim, seorang pemimpin politik di peringkatakar umbi dengan seorang sahabatnya yang merupakan seorang pesara kerajaan(melalui watak Saya).

Kisahnya bermula apabila mereka bertemu dalam satu reunionpara pelajar sekolah menengah mereka (lepasan tahun 1960-an) di Bandar Perda,Butterworth. Dengan perjumpaan itu, bermulalah emel antara mereka.

Kisah pertama bermula dengan nasihat sang sahabat kepadaDatuk Haji Fadzil Ibrahim tentang peranan dan tanggungjawab seorang pemimpinpolitik di peringkat akar umbi. Nasihat-nasihat dan motivasi tersebutberpandukan kata-kata dan pesanan yang pernah diungkapkan oleh Tun Abdul Razakdalam tahun-tahun 1960-an dahulu untuk dijadikan pedoman kepada sahabatnya ituyang masih aktif dalam dunia politik setempat.

Kisah dilanjutkan lagi dengan harapan-harapan sang sahabattersebut kepada Datuk Haji Fadzil supaya beliau meneruskan perjuangan yangditinggalkan oleh Tun Abdul Razak – antara memajukan kawasan luar bandar,memartabatkan bahasa Melayu, sistem pendidikan kebangsaan, kebudayaan dan jugaagama Islam dalam usaha negara menuju ke Tranformasi Nasional (TN50) pada tahun2050 nanti.

Di samping itu, disentuh juga konflik yang dihadapi olehDatuk Haji Fadzil Ibrahim sebagai pemimpin politik di peringkat akar umbi yangberhadapan dengan masalah-masalah sosial setempat seperti kehadiran parapendatang asing, penanaman pokok ketum, pengaruh media sosial, ajaran sesatserta pendidikan agama yang berlaku di kawasan sahabatnya.

Novel berbentuk surat menyurat ini diakhiri dengan usahaDatuk Haji Fadzil Ibrahim yang masih meneruskan usahanya untuk menubuhkansebuah pusat tahfiz moden di kawasannya dan harapannya kepada Datuk Haji FadzilIbrahim apabila Dasar Tahfiz Negara dilancarkan oleh Yang Amat BerhormatPerdana Menteri pada bulan April 2016.