Modenisasi Pentadbiran Negeri Kedah 1895-1957
- Regular price
- RM 55.00
- Sale price
- RM 55.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Modenisasi Pentadbiran Negeri Kedah 1895-1957 - Hard Cover
Author: Mohd Shariff Abu Samah
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789670474359
Weight:
Page: 229pp
Year: 2012
Price: RM55
Sejarah Ketuanan Melayu di Negeri Kedah daripada pentadbiran tradisional kepada moden bermula sejak tahun 1895 semasa di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri dan Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah atau Kedah Civil Service ( KCS). Pendekatan buku ini tertumpu kepada fakta sejarah dan fungsi yang dilaksanakan bagi memajukan negeri Kedah dari segi kecekapan pengurusan yang teratur dan sistematik.
Buku ini banyak menyentuh tentang Sultan Abdul Hamid (1864 -1943) yang lebih dikenali sebagai ‘Bapa Pentadbiran Moden’, dilihat dari dua aspek yang berbeza. Pertama, melihat kepada perubahan yang telah berlaku sepanjang pemerintahannya dan yang kedua, melihat perwatakannya sebagai seorang pemimpin yang mempunyai kekuatan personaliti yang hebat. Buku ini juga memberi perhatian kepada pentadbiran secara moden iaitu satu tranformasi daripada pentadbiran tradisional kepada satu sistem pentadbiran yang lebih berkesan dengan undang-undang dan peraturan sebagai panduan.