• NASIHAT_BUAT_WANITA
  • NASIHAT_BUAT_WANITA
1

Nasihat Untuk Wanita

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Nasihat Untuk Wanita

Author: Zainab Al-Ghazali
Publisher: JAKIM
ISBN: 9789830422275
Weight: 0.208
Pages: 124pp
Year: 2010
Price: RM20.00

Wanita adalah makhluk Allah yang mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan. Keistimewaan dan kelebihan ini akan menjadi lebih berharga jika dihiasi dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam usaha mencapai darjat wanita solehah. Sabda Rasulullah SAW yang bermasksud:

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan 0adalah wanita solehah". (Riwayat Muslim)

Peranan wanita amat dihormati dan dihargai dalam Islam. Setiap wanita memiliki tugas dan tanggungjawab yang harus disempurnakan sebagaimana lelaki. Apa yang pasti wanita dan lelaki adalah makhluk Allah yang saling lengkap melengkapi dan mempunyai tugas serta kewajipan yang bersesuaian dengan fitrah masing-masing. Pada dasarnya fizikal wanita lebih lemah dari kaum lelaki namun di sebalik kelemahan yang ada mampu mendatangkan kemuliaan dan mampu meruntuhkan sesuatu bangsa. Wanita ialah orang yang secara langsung bertanggungjawab dalam membimbing dan mendidik generasi ke arah melahirkan pemimpin yang hebat dan berkaliber.

Oleh itu, buku ini lahir untuk memberi panduan, bimbingan dan saranan yang perlu dimainkan oleh setiap wanita Islam dalam usaha mencari keredhaan Allah di samping memastikan kedudukan Islam terus di pandang mulia.