Nilai Hadis dalam Durrat al-Nasihin
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Nilai Hadis dalam Durrat al-Nasihin
Author: Ahmad Lutfi Fadlullah, Jawiah Dakir, Mazlan Ibrahim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674120269
Pages: 736pp
Year: 2013
Weight:
Price: RM80
Umat Islam diwajibkan berpegang dan berhujah dengan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Dalam masyarakat Melayu, terdapat banyak bahan bacaan dan rujukan yang mengandungi hadis yang tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah dalam perkara berhubung dengan agama. Oleh sebab itu, mengkaji dan menyebarkan hasil kajian terhadap penilaian hadis dalam kitab-kitab yang tersebar dalam kalangan masyarakat Melayu menjadi amat penting, bagi mengelakkan mereka terus berpegang dengan hadis yang tidak dikenal pasti tarafnya, terutama hadis palsu. Salah sebuah kitab yang telah dikaji ialah kitab Durrat al-Na?ihin. Kitab ini adalah salah satu kitab yang masyhur, terutama kepada mereka yang ada hubungan dengan ilmu tasawuf.
Kitab ini sebenarnya termasuk kitab tasawuf/nasihat. Dengan meluasnya pengguna/pembacanya, kitab ini pun mulai diterjemahkan ke beberapa bahasa antara lain seperti bahasa Turki, Urdu dan Indonesia. Kitab ini tergolong dalam kitab kuning yang amat masyhur di Indonesia dan kerap dibaca di masjid, surau, sekolah dan pondok pesantren selain didapati banyak digunakan dan dirujuk oleh masyarakat di Malaysia. Dalam kitab ini, terdapat lebih daripada 800 buah hadis, yang mana hadis tersebut tidak dijelaskan tentang tarafnya sama ada sahih atau sebaliknya. Buku ini diterbitkan sebagai usaha untuk mendedahkan taraf dan kekuatan hadis dalam kitab tersebut dari segi ?ahih, hasan atau dail dan sebagainya. Selain itu, kitab ini banyak mengandung hadis yang gharib yang mempunyai ciri-ciri hadis palsu. Penerbitan buku ini diharap dapat menjadi rujukan dan panduan kepada para pembaca untuk menapis hadis yang boleh dijadikan hujah dan sebaliknya.