• 72.1
  • 72.1
1

Pendapat Awam Dalam Era Digital

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pendapat Awam Dalam Era Digital

Author: Normah Mustaffa
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674129132
Year: 2020
Weight: 0.2kg
Pages: 128
Price: RM30

Kebebasan bersuara boleh disalurkan dalam pelbagai platform, iaitu dalam bentuk penulisan, percakapan serta rakaman audio dan video. Dalam konteks tradisional, media boleh menentukan dan melenyapkan topik perbincangan sesuatu isu dalam kalangan khalayak dengan memaparkan sesuatu isu dari sudut pandangan mereka. Fenomena ini menggalakkan khalayak yang merasakan diri mereka minoriti dan tidak sealiran dengan pendapat massa untuk terus berdiam diri terhadap isu berkenaan. Sekiranya meluahkan pendapat, mereka takut diasingkan daripada masyarakat yang sealiran dengan pendapat pihak media. Namun lain pula dalam konteks media baharu. Khalayak bebas meluahkan pendapat mereka tanpa sebarang perasaan takut diasingkan dalam masyarakat. Dalam konteks khalayak awam negara ini, kebergantungan media tradisional sebagai sumber maklumat semasa kini khususnya dalam kalangan belia telah mula dikesampingkan ekoran kebangkitan media baharu. Pelbagai isu khususnya berkaitan dasar awam dan masyarakat diperdebatkan secara terbuka melalui media sosial berbanding media tradisional. Ini termasuklah pengenalan Pelan Transformasi Kerajaan (PTK) khusus untuk meningkatkan tahap kualiti dan pembangunan rakyat turut sama menjadi bualan dalam kalangan khalayak awam. Justeru, persoalan utama yang timbul adalah tentang sejauh mana keberkesanan penyampaian maklumat tentang dasar baharu kerajaan ini khususnya melibatkan golongan belia? Inilah yang dibincangkan dalam buku Pendapat Awam Dalam Era Digital. Buku ini memperkatakan tentang ciri-ciri khalayak awam dahulu dan kini ketika berdepan dengan fenomena penerimaan maklumat dalam era konvergens.