• WhatsApp_Image_2024-11-14_at_11.43.41.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-11-14_at_11.43.41
  • WhatsApp_Image_2024-11-14_at_11.43.41.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-11-14_at_11.43.41
1

Pendidikan Islam Era Digital

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pendidikan Islam Era Digital

Author: Rosmawati Mihamad Rasit, Norhapizah Mohd Burhan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862326
Tahun: 2024
Weight: 279gsm
Pages: pp
Price: RM30

Buku Pendidikan Islam Era Digital diterbitkan bagi menyediakan bahan bacaan kepada para pendidik bidang keagamaan tentang strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kontemporari sebagai panduan kepada semua. Buku ini sesuai dibaca oleh mahasiswa, ahli akademik pelbagai peringkat, penyelidik, penulis dan pelajar yang berhasrat menambah ilmu pengetahuan tentang persediaan dan cabaran untuk berdepan dengan perubahan era revolusi industri. Namun begitu transformasi itu tidak sama sekali mengalpakan pembaca tentang pentingnya menjaga nilai epistemologi Islam dalam mendepani cabaran revolusi industri. 


Epistemologi Islam merupakan paksi kepada setiap diri begitu juga idea-idea baharu yang ditemui terus diterokai, dihayati dan dimanfaatkan sebaiknya agar kelestarian bidang ini terus berkembang. 


Persiapan diri ahli akademik dengan pelbagai kompetensi teknologi digital dan pemikiran analitikal amat diperlukan sejajar dengan dasar madani teras kesejahteraan agar budaya ilmu disuburkan. Idea-idea sedia ada digabungkan dengan kaedah-kaedah baharu dalam bidang Pendidikan Islam menjadikan bidang ini signifikan, penting dan menjadi rujukan di segenap lapisan masyarakat. 


Mediamorphosis (media baharu) dan heutagogi (pembelajaran penentuan kendiri) menjadi bidang tujahan ilmu yang berkembang pesat kerana dunia hari ini memperlihatkan media adalah alat utama komunikasi dan setiap individu menikmati persekitaran kehidupan dan pembelajaran tersendiri. 


Oleh itu ahli akademik seharusnya proaktif dengan perkembangan terkini agar peserta didik dapat disajikan dengan ilmu yang berkualiti menerusi reka bentuk strategi penyampaian ilmu yang memenuhi keperluan golongan remaja semasa.