• Untitled_y9fi-04
  • Untitled_y9fi-04
1

Pengembangan Nilai dalam Pendidikan Matematik dan Sains

Regular price
RM 120.00
Sale price
RM 120.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pengembangan Nilai dalam Pendidikan Matematik dan Sains

Author: Nik Azis Nik Pa

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831007044

Weight:

Year: 2014

Page: 864 pp

Price: RM120

Buku Pengembangan Nilai dalam Pendidikan Matematik dan Sains adalah berasaskan kajian selama enam tahun dalam Projek Pengembangan Nilai dalam Pendidikan Matematik dan Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Buku ini membincangkan lima perkara utama ke arah pembentukan pendidikan matematik dan sains yang bertaraf dunia: konsepsi bersepadu tentang makna nilai, realiti semasa tentang pengembangan nilai dalam bilik darjah matematik dan sains, modul pembelajaran bagi pengembangan nilai, skala pengukuran nilai, dan program aplikasi dan transformasi bagi pengembangan nilai. Satu gagasan penting dalam buku ini ialah pendidikan matematik dan sains bertaraf dunia hanya dapat dicapai sekiranya warga pendidikan tersebut komited untuk membuat transformasi dalam budaya berfikir dan budaya bekerja mereka.

Buku yang berlandaskan kajian yang mendalam dan meluas ini menganjurkan kaedah bagi membuat anjakan strategik dalam aspek falsafah, psikologi, konsepsi, visi, perkembangan, pedagogi, teknologi, dan penyelidikan yang berkaitan dengan nilai bagi membentuk komuniti matematik dan sains yang bertamadun tinggi. Pelaksanaan anjakan tersebut secara menyeluruh dan berterusan akan membentuk budaya pengembangan nilai yang cemerlang. Dalam budaya inilah akan lahir insan yang berwibawa dan berfikiran kelas pertama, manakala komuniti yang dibangunkan oleh mereka pula akan menjadi teras bagi pembangunan peradaban yang unggul.

_____________________________________________

Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa adalah pengasas dan Presiden Persatuan Pendidikan Matematik Malaysia. Beliau memiliki ijazah B.Sc. (Pendidikan Matematik) dan ijazah M.Sc. (Pendidikan Matematik) dari Northern Illinois University dan ijazah Ed.D. (Pendidikan Matematik) dari University of Georgia. Beliau pernah menjadi Fulbright Visiting Scholar di University of Georgia; pernah berkhidmat sebagai Dekan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya; pernah menjadi Ketua Jabatan Perancangan Korporat, Universiti Malaya; dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.