• pro_849_0063X_B5305
  • pro_849_0063X_B5305
1

Pengurusan Pendidikan Islam: Mekanisme Transformasi Ummah

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pengurusan Pendidikan Islam: Mekanisme Transformasi Ummah

Author: Ab. Aziz Yusof

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN: 9789834614317

Weight: 350g

Pages: 341

Year: 2013

Price: RM30


Dalam mengharungi arus pemodenan, pelbagai dugaan harus diharungi oleh pelapis generasi akan datang. Sehubungan dengan hal itu, didikan dalam beragma perlu diterapkan dalam diri setiap individu agar kelangsungan hidup dapat diteruskan dengan panduan dan pedoman yang kukuh. Individu yang paling hampir dengan masyarakat sekali gus berkaitan dengan pendidikan sudah tentulah individu yang bergelar pendidik. Pendidik yang teguh pendiriannya dengan pegangan agama serta kuat imannya pasti dapat menjalinhubungkan pendidikan Islam sebagai mekanisme transformasi ummah dalam pengurusan pendidikan. Sebagai model kepada masyarakat, pendidik memainkan peranan yang besar dalam membentuk peribadi ummah. Tanpa jati diri yang tinggi serta kesedaran untuk menyemai transformasi dalam jiwa para pelajar, sudah tentu harapan terhadap kejituan bangsa tidak akan tercapai. Sesungguhnya Islam tidak pernah mendatangkan kesusahan terhadap ummah. Ajarannya yang syumul dan mencakupi keperluan hidup senantiasa membekalkan rujukan yang terbaik dan sesuai dalam setiap keadaan. Semoga buku ini dapat dijadikan rujukan untuk kekuatan semangat dan motivasi diri.