• WhatsApp_Image_2021-04-06_at_15.05.00
  • WhatsApp_Image_2021-04-06_at_15.05.00
1

Pentadbiran Sosial Penyampaian Perkhidmatan Sosial Di Malaysia

Regular price
RM 96.00
Sale price
RM 96.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pentadbiran Sosial Penyampaian Perkhidmatan Sosial Di Malaysia

Editor: Haris Abd Wahab

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674881764

Weight:

Pages: 524pp

Year: 2021

Price : RM96

Buku ini diketengahkan sebagai memenuhi perbahasan dalam bidang Pentadbiran Sosial dan buat julung kalinya ditulis di dalam Bahasa Melayu. Tujuan utama penulisan buku ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar jurusan pentadbiran sosial dan kerja sosial serta pekerja sosial di Malaysia tentang konsep pentadbiran sosial dan pengurusan penyampaian perkhidmatan sosial kepada masyarakat. Walaupun bidang pentadbiran sosial dan kerja sosial sudah lama bertapak di Malaysia, namun perkembangan dan pembangunannya kurang diberi perhatian. Oleh itu, penulisan buku ini diharapkan dapat menyerlahkan lagi perkembangan pendidikan dan praktis pentadbiran sosial dan kerja sosial di Malaysia seperti yang diharapkan oleh tenaga pengajar dan pengamal dalam bidang tersebut.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian utama. Di bahagian awal, perbincangan menyoroti penjelasan tentang konsep Pentadbiran Sosial sebagai salah satu strategi utama dalam usaha meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat melalui pengubahan dasar sosial kepada perkhidmatan sosial. Bahagian seterusnya pula menjelaskan secara terperinci tentang penyampaian perkhidmatan sosial juga cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diperlukan masyarakat terutamanya golongan rentan yang perlu diberikan perlindungan serta perhatian seperti kanak-kanak, orang kurang upaya, bekas banduan dan banyak lagi.