• Untitled_dpxt-gv
  • Untitled_dpxt-gv
1

Perhubungan Media di Malaysia

Regular price
RM 42.00
Sale price
RM 42.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Perhubungan Media di Malaysia

Author: Mohd Yahya Mohamed Ariffin

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831005293

Weight:

Year: 2011

Page: 188 pp

Price: RM42

Perhubungan media merupakan aspek yang penting dalam strategi komunikasi sesebuah organisasi. Dengan demikian, amat kritikal bagi pengamal perhubungan awam untuk membina hubungan yang berkesan dengan personaliti media. Penulisan ini berfokus pada amalan perhubungan media di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada empat isu iaitu polisi organisasi korporat, amalan etika kewartawanan, persepsi editor dan bahan perhubungan media. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis bahan-bahan siaran media yang diterima oleh dua organisasi media iaitu sebuah akhbar harian dan sebuah stesen televisyen.

Selain itu, temubual mendalam dilaksanakan untuk menganalisis pendapat para editor akhbar harian, stesen televisyen dan agensi berita mengenai amalan perhubungan media. Analisis menunjukkan para editor media berpegang kepada polisi organisasi dalam urusan perhubungan media dan seakan-akan tidak dipengaruhi oleh pengamal perhubungan awam. Berdasarkan analisis didapati pihak berkuasa politik dan pengiklan mempunyai pengaruh kuat ke atas polisi organisasi korporat yang mungkin memberi kesan pada amalan perhubungan media. Dapatan menunjukkan para editor berpandu kepada kod etika profesional dalam membuat liputan secara adil dan saksama.

Walaupun pemberian hadiah oleh pengamal perhubungan awam kepada para editor dilihat sebagai kebiasaan dalam perhubungan media, namun amalan pemberian ini tidak mempengaruhi keputusan editorial. Analisis juga mendapati para editor mengakui keprofesionalan pengamal perhubungan awam dari segi format dan gaya persembahan bahan siaran media, termasuk kepelbagaian kandungan yang memenuhi jangkaan mereka. Pelbagai faktor mempengaruhi perhubungan media termasuk kurangnya hubungan interpersonal oleh para pengamal perhubungan awam dengan para editor media massa. Oleh itu, hubungan baik perlu dimantapkan dalam usaha memperbaiki liputan aktiviti, dan seterusnya untuk membina kepercayaan publik kepada organisasi.