Potensi dan Cabaran Perintah Komital kerana Ingkar Perintah Nafkah di Mahkamah Syariah
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Potensi dan Cabaran Perintah Komital kerana Ingkar Perintah Nafkah di Mahkamah Syariah
Authors: Mohamad Omar Mansu dan Zaini Nasohah
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862234
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM35
Sejak daripada zaman sebelum kedatangan Islam hingga kini, mahkamah berfungsi sebagai tempat untuk mengadili, menghakimi, memberi hukuman kepada yang menzalimi dan menyelesaikan kes yang dihadapkan ke mahkamah.
Selain itu, institusi kehakiman merupakan sebuah institusi yang menjalankan tugas keadilan untuk memberi hak kepada yang berhak. Apa yang mungkin berbeza adalah pendekatan yang digunakan dalam mencapai keadilan tersebut. Antara instrumen yang terdapat dalam syariat Islam untuk memberi kesedaran kepada pesalah adalah menerusi hukuman penjara.
Dalam hal ehwal kekeluargaan, tanggungjawab memberi nafkah merupakan antara perkara yang wajib ditunaikan. Dalam konteks hari ini, antara masalah utama yang sedang dihadapi oleh mahkamah syariah adalah masalah ingkar perintah bagi pembayaran nafkah. Walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah, namun ia sering tidak dipatuhi. Beberapa alternatif telah diperuntukkan dalam akta dan enakmen bagi menguatkuasakan perintah nafkah. Antara yang diperuntukkan adalah pendekatan perintah komital, iaitu pemenjaraan. Pemenjaraan bertujuan memaksa pihak yang ingkar untuk menunaikan tanggungjawab memberi nafkah.
Namun demikian, alternatif ini didapati jarang menjadi pilihan pihak yang menuntut nafkah. Pendekatan pemenjaraan ini dikatakan mempunyai risiko yang kurang baik kepada kedua-dua pihak walaupun ianya didakwa sebagai pendekatan terakhir yang berkesan. Justeru, buku ini menilai perkara tersebut dengan melihat kepada aspek potensi dan cabaran untuk melaksanakan pendekatan komital atau pemenjaraan.