• Scan_20150812_3_7c68752f-4542-4a5a-b772-de0c4515c8bf_1024x1024_2x
  • Scan_20150812_3_7c68752f-4542-4a5a-b772-de0c4515c8bf_1024x1024_2x
1

Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan Di Malaysia

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

PrinsipPerlembagaan & Pemerintahan Di Malaysia

Author: TuanMohd. Salleh Abas

Publisher: DewanBahasa Pustaka

ISBN: 9789836252258

Year: 2015

Weight: 0.300kg

Pages: 377 pp

Price: RM25

Undang-undang perlembagaan adalah satu cabang undang-undang yang penting lagi menarik – bukan hanya bagi pelajar undang-undang, bahkan bagi ahli politik, pentadbir, dan rakyat biasa. Undang-undang perlembagaan perlu difahami sebaik mungkin kerana ia merupakan undang-undang asas bagi sesebuah negara.

Semenjak Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid menjelang Merdeka, sehinggalah dekad 1990-an ini, ia telah banyak kali dipinda. Dari segi wajah, skop dan penekanannya, ia kini sudah jauh berbeza dengan draf asal – yang biasa dinamakan oleh golongan perundangan sebagai Perlembagaan Merdeka. Pindaan ini menunjukkan perlembagaan sesebuah negara moden itu adalah sesuatu yang hidup, seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan serta aspirasi rakyat sesebuah negara.

Oleh sebab perlembagaan sesebuah negara itu perlu mengekalkan imbangan antara kuasa eksekutif, kebebasan kehakiman dan hak-hak asasi rakyat, maka sudah semestinya dari semasa ke semasa kes-kes penting di sekitar tiga isu pokok ini dibawa ke mahkamah untuk diputuskan. Justeru itu, penelitian sebanyak mungkin kes penting yang diputuskan tentang perkara ini adalah diperlukan bagi seseorang yang ingin mendalami perkembangan sejarah perlembagaan sesebuah negara.