Projek Pascaetnik: Melayu dalam DAP
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
ProjekPascaetnik: Melayu dalam DAP
Author: Muhd Irham Abdul Aziz, Muhamad TakiyuddinIsmail & Aizul Fahmi Abdullah
Publisher: UKMPress
ISBN: 97896741225547
Year: 2018
Pages: 225pp
Price: RM35
Penyertaan orang Melayu ke dalam sebuah parti yang dilihatmembawa imej cauvinis iaitu DAP sering menjadi perhatian banyak pihak danpengkritik. Walaupun DAP telah Berjaya menarik penyertaan golongan Melayu sejakera 1970-an, gelombang penyertaan kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008lebih mencuit perhatian ramai. Kecairan politik telah menyebabkan berlakunyapeningkatan keterhubungan dan persaudaraan transetnik dalam lanskap politikMalaysia. Golongan Melayu yang menyertai DAP dalam gelombang kedua ini dianggapsebagai generasi pascaetnik. Mereka pada umumnya merupakan kelompok anak mudayang cuba merealisasikan projek pascaetnik yang dilaksanakan DAP. Kumpulan iniditandai dengan identiti yang hibrid, penyertaan yang didasarkan atas semangatsukarela, kecenderungan menolak afiliasi yang kekal, kecurigaan terhadapnaratif yang dipaksakan dan penekanan kepada nasionalisme sivik. Projekpascaetnik bagaimanapun dilihat bermasalah kerana ianya ditemui dalam kelompokahli Melayu sahaja berbanding kelompok mejoriti dalam DAP. Kecenderungan untukkekal dengan identiti tunggal menyebabkan DAP sering kali terjebak dalamkesukaran untuk menyesuaikan realpolitik parti itu dengan trajektori dan gridpengalaman Melayu-Islam.