Realiti Kepuasan Hidup Wanita Bekerjaya Pertengahan Usia
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Realiti Kepuasan Hidup Wanita Bekerjaya Pertengahan Usia
Author: Siti Marziah Zakaria, Nor Ba'yah Abdul Kadir & Nasrudin Subhi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672510321
Weight:
Pages: 119
Year: 2020
Price: RM25
Wanita pertengahan usia adalah golongan yang berada pada kemuncak kerjaya. Pengalaman, ilmu dan kepakaran yang mereka miliki telah membuka peluang untuk mereka cemerlang dalam kerjaya. Namun, mereka juga berhadapan dengan pelbagai tuntutan-tuntutan yang lain dalam masa yang sama. Tuntutan sebagai ketua di pejabat, isteri dan ibu di rumah, anak kepada ibu bapa yang telah uzur, ahli komuniti dan sebagainya sangat mencabar untuk mereka, terutamanya jika diancam masalah kesihatan kerana faktor usia. Wanita bekerjaya pada usia ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami tekanan emosi, konflik kerjaya-keluarga, kemurungan dan keresahan. Situasi ini semakin buruk jika mereka turut mempunyai sokongan sosial yang lemah, melalui kesunyian emosi dan sosial, rendah penghargaan kendiri serta kurang motivasi agama dalaman. Buku ini akan mengupas isu-isu berkaitan kepuasan hidup wanita bekerjaya pertengahan usia, cabaran yang dihadapi oleh mereka serta pandangan dan persepsi mereka terhadap kepuasan hidup.