• Capture_b.PNG
  • Capture_b
  • Capture_b.PNG
  • Capture_b
1

Royalscape Diraja Pelancongan Bandar Diraja Kuala Kangsar

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Royalscape Diraja Pelancongan Bandar Diraja Kuala Kangsar

Author: Zurina Ahmad Saidi & Zurinah Tahir 
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861824
Weight: 0.26kg
Pages: 164pp
Year: 2024
Price: RM28

Buku ini menerangkan secara terperinci mengenai kerangka perjalanan pelancong domestik ke bandar pelancongan Diraja di Kuala Kangsar. Bandar Diraja merupakan sebuah bandar warisan kebudayaan terbentuk hasil daripada peninggalan sejarah turun-temurun. Aset utama bandar Diraja menerusi keunikan sejarah serta identiti berdasarkan seni bina, geografi, budaya dan nilai estetika yang klasik dan berseni menjadikan bandar Diraja sebagai sub-tarikan pelancongan di dunia. Namun, imej dan sifat asli bandar Diraja semakin terhakis kerana perkembangan dan kemodenan negara. Aset utama bandar Diraja Kuala Kangsar tidak diketengahkan dalam membangunkannya sebagai sebuah bandar pelancongan Diraja. 

Buku ini mengaplikasikan dua teori yang relevan dalam konteks pelancongan Diraja laitu Tourist Gaze Theory dan Model the Four Realms yang membantu kefahaman tentang cara pelancong melihat dan memandu arah destinasi lawatan serta menghubungkan pelancong dengan aspek tertentu di destinasi tersebut. Buku ini menyimpulkan bahawa pelancongan Bandar Diraja Kuala Kangsar memberi implikasi terhadap penggunaan sumber semula jadi sebagai satu bentuk pelancongan, pembangunan aktiviti ekonomi dan landskap yang berpotensi untuk dikomersialkan di peringkat antarabangsa. Buku ini menyampaikan maklumat tentang destinasi pelancongan di Kuala Kangsar, malahan mengutarakan persoalan kritis tentang pengurusan dan manfaat warisan Diraja dan budaya untuk kelestarian dan pertumbuhan ekonomi negara. Implikasi penemuan buku ini boleh menjadi panduan dalam membuat keputusan bagi pembangunan pelancongan Diraja yang mampan serta pemeliharaan identiti Bandar Diraja.