• 2_wtow-xm
  • 2_wtow-xm
1

Saga Neokonservatif: Abdullah Badawi UMNO dan Konservatisme

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

SagaNeokonservatif: Abdullah Badawi UMNO dan Konservatisme

Author: Mohamad Takiyuddin Ismail

Publisher: UKMPress

ISBN: 9789674122676

Year: 2014

Pages: 286 pp

Price: RM40

Reformasi sering kali disifatkan sebagai proses yang bolehmemberi kesan kepada kestabilan sistem kerana ia melibatkan usaha untukmengubah suai sesuatu yang telah menjadi kebiasaan. Lebih lama sistem itubergerak dan beroperasi dalam kerangka yang serupa, maka proses reformasimenjadi lebih sukar untuk dilaksanakan. Keadaan ini merupakan cabaran besaryang lazimnya dialami oleh pemimpin reformis dalam sesebuah parti dominan. Halyang sama dialami oleh Abdullah Badawi yang berusaha melakukan pembaharuandalam parti dominan yang telah berinstitusi dengan ideologi konservatisme danjuga personalisme, UMNO. Kepimpinan Abdullah berpegang kepada premis bahawatradisi tidak selama-lamanya mengikat dan tidak boleh diubah. Justeru, beliaumenukar prinsip-prinsip pengorganisasi yang selama ini disifatkan memberikankeseimbangan, keharmonian dan kebolehramalan kepada sistem sebelum itu. Namun,proses liberalisasi dan pengenduran politik yang cuba dilaksanakan Abdullahtidak berlaku dalam skala yang meluas berikutan tentangan unsur konservatif danreaksioner. Keadaan ini tidak dibantudengan melihat pendekatan kepimpinan lunak Abdullah yang bertentangan denganprinsip kepimpinan Machiavellian yang seharusnya wujud beriringan dalam sesuatukepimpinan politik. Pengurusan legasi Mahathir, tentangan kumpulanberkepentingan dan penentangan terhadap perubahan yang berlaku dalam sebuahkompleks parti-birokrasi menyebabkanAbdullah terperangkap dalam proses mencari keseimbangan dan akhirnyadilorongkan jalan pengunduran setelah hanya 1,918 hari mentadbir negara.Melihat kepimpinan Abdullah melalui lensa konservatisme membolehkan eranyadapat difahami dengan lebih dekat dengan meneroka interaksi antara faksi-faksikonservatif yang berlainan ataupun politik intraelit dalam sebuah parti sepertiUMNO.