Sambungan Konkrit Pratuang: Prestasi pada Suhu Tinggi
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sambungan Konkrit Pratuang: Prestasi pada Suhu Tinggi
Authors: Noor Azim Mohd. Radzi, Roszilah Hamid dan Azrul A. Mutalib
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862609
Weight: gsm
Pages: 194pp
Year: 2024
Price: RM35
Sambungan rasuk ke tiang merupakan komponen penting di dalam struktur kerangka konkrit pratuang. Semasa kebakaran, sambungan rasuk ke tiang konkrit pratuang lebih mudah mengalami pesongan dan keretakan pada nilai beban yang rendah. Atas faktor ini, keupayaan sambungan yang terdedah pada suhu tinggi amat penting untuk difahami. Buku ini memberi tumpuan terhadap kelakuan struktur dan terma sambungan rasuk ke tiang konkrit pratuang pada suhu kebakaran melebihi 1000 °C.
Perbincangan diberikan terhadap keputusan ujian makmal dan simulasi unsur terhingga dari kajian terdahulu. Perbandingan dibuat terhadap prestasi empat jenis sambungan rasuk ke tiang yang utama, iaitu konkrit monolitik, sesangga konkrit, nib konkrit dan hibrid. Maklumat yang terkandung di dalam buku ini sangat sesuai dan bermanfaat untuk dijadikan rujukan dan bimbingan terutamanya bagi pelajar, pendidik dan pihak yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja forensik, rehabilitasi dan konservasi bagi struktur bangunan yang terjejas akibat kebakaran di negara ini.